Isnin, 10 Februari 2014

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Heli PUTD terhempas <b>di Segamat</b> | maibaca

Posted: 31 Jan 2014 04:49 AM PST

JOHOR BAHARU — Sebuah helikopter Pasukan Udara Tentera
Darat (PUTD) jenis Agusta A-109 LUH terhempas di sebuah kawasan hutan
berhampiran Empangan Bekok, Segamat di antara pukul 9 hingga 10 malam tadi,
menurut sumber ketenteraan hari ini.

Agusta A-109 LUH
Bagaimanapun, empat anggota tentera termasuk juruterbang dalam helikopter
yang sedang melakukan latihan penerbangan itu selamat dan dihantar ke Hospital
Daerah Kluang untuk rawatan, katanya.
"Helikopter itu sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum ia
terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat," kata sumber itu
kepada Bernama.
Katanya pasukan penyelamat daripada PUTD yang digerakkan ke lokasi kejadian
berjaya membawa keluar kesemua mangsa yang disahkan tidak mengalami sebarang
kecederaan serius sebelum dihantar ke hospital berkenaan kira-kira 1 pagi.
Seorang daripada empat anggota tentera terbabit ialah seorang pegawai
tentera asing berpangkat Lt Kolonel yang bertindak sebagai jurulatih
penerbangan, katanya.

Difahamkan pegawai tentera asing itu berasal dari Perancis,
manakala tiga yang lain ialah Mejar, Kapten dan Sarjan.
Menurut sumber itu, impak daripada kemalangan itu telah menyebabkan
ekor serta kipas helikopter itu putus dua serta tayarnya rosak teruk.
"Helikopter itu disifatkan sebagai 'total loss'," katanya.
Menurutnya, latihan penerbangan malam agak berisiko kerana juruterbang
terpaksa bergantung kepada "Night Vision Goggle" serta instrumen penerbangan
lain.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan daripada pihak tentera pada pagi ini mengenai
kejadian itu.
Katanya beliau dimaklumkan yang helikopter itu tidak terhempas tetapi
membuat pendaratan cemas ekoran masalah penerbangan.
Beliau berkata tiada kecederaan serius dilaporkan dialami mangsa
yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads