Khamis, 13 Februari 2014

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Anwar hadir sambutan CNY KEADILAN Johor <b>di Segamat</b>, malam ini

Posted: 09 Feb 2014 03:05 AM PST

segamatSEGAMAT 9 FEB: Ketua Umem KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina KEADILAN Johor di Segamat, malam ini.

Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan Taman Segamat Jaya, Taman Yayasan, Segamat yang bermula jam 8 malam turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN, Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua Wanita KEADILAN Johor, Natrah Ismail.

Terdahulu Anwar diraikan di majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Batu Pahat di Kim's Park Business Centre, Batu Pahat.

Turut hadir ahli parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Exco Pembangunan Pertanian, Pengurusan Alam dan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari dan Ketua Pembangkang DUN Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Difahamkan Ketua Umum KEADILAN itu akan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama penduduk Batu Pahat di Surau Taman Seri Penggaram.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59137

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads