ads

Isnin, 17 Februari 2014

01 di tampoi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di tampoi - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di tampoi</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Feb 2014 07:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Capital City <b>di Tampoi</b> jadi ikonik Iskandar Malaysia | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2013 08:03 AM PST

JOHOR BAHRU 29 Dis. – Projek Capital City di Tampoi dengan nilai pembangunan kasar RM2.2 bilion, bakal menjadi lokasi ikonik untuk penduduk tempatan dan rakyat asing di Iskandar Malaysia.

Projek pembangunan bercampur bersepadu itu akan terdiri daripada dua blok hotel, tiga blok kediaman loteng SOHO dan pusat membeli-belah runcit seluas sejuta kaki persegi yang dikenali sebagai Capital 21.

Pembangunan bersepadu Capital City dilaksanakan oleh Hatten Group Sdn Bhd, Sunbuild Development Sdn Bhd dan Gadang Holdings Bhd, dan dijadual siap pada awal 2018.

"Capital City sudah bersedia menjadi lokasi ikonik yang pasti akan diketahui ramai dan terkenal di rantau ini, menjadikannya tempat yang mudah untuk dicari dan berkumpul untuk semua tujuan – sama ada untuk membeli-belah, hiburan, kerja atau percutian. Ia merupakan hab yang sempurna," kata Pengarah Urusan Kumpulan Hatten, Colin Tan, semasa pelancaran Capital City di sini hari ini.

Beliau berkata, kejayaan Iskandar Malaysia telah menjadi tarikan utama kepada usaha sama itu untuk berkembang di wilayah ekonomi khas yang setakat ini berjaya menarik pelaburan lebih daripada RM100 bilion.

Menurutnya, purata kadar penghunian hotel di Iskandar Malaysia sudah mencapai 75 peratus sepanjang tahun, dan dengan pembukaan taman tema Legoland Malaysia, kadar penghunian meningkat 25 peratus lagi dalam tempoh yang singkat.

"Kami yakin Capital City akan mempunyai tarikan pelancong yang sama," katanya dan menambah satu blok hotel sudah pun menerima tawaran daripada rangkaian antarabangsa.

Satu lagi blok hotel di Capital City akan diurus oleh Hatten Hotel.

Beliau berkata, tarikan utama pembangunan bersepadu Capital City ialah pusat membeli-belah Capital 21 yang terdiri daripada 21 ibu negara di dunia.

Ditanya mengenai strategi pemasaran untuk menggalakkan pembeli dan penyewa Capital City Colin berkata mereka akan memulakan usaha pemasaran di Malaysia, serta beberapa negara luar seperti Singapura, Thailand, China, Korea Selatan dan Taiwan.

Bagaimanapun, mereka yakin 70 peratus daripada pembeli unit kediaman akan terdiri daripada rakyat Malaysia dan selebihnya oleh rakyat asing.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Sunbuild, Siow Chien Fu berkata, kedua-dua hotel itu mempunyai 1,000 bilik bagi menampung peningkatan jumlah pelancong ke Johor Baharu.

Beliau berkata, selain dekat dengan Singapura, lebih daripada 20,000 unit pangsapuri perkhidmatan itu juga dijangka siap dalam tempoh tiga tahun akan datang, sekali gus menambah bilangan pengunjung ke Capital City.

Pengarah Urusan kumpulan Gadang Tan Sri Kok Onn berkata projek Capital City akan berjaya berdasarkan kadar pembelian yang tinggi berikutan pembangunan pesat di Iskandar Malaysia.

Johor Bahru, katanya, merupakan kawasan pertumbuhan akan datang selepas Kuala Lumpur. – BERNAMA

Loji rawatan air <b>di</b> Cheras Batu 11, Bukit <b>Tampoi</b> masih ditutup <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2014 06:43 AM PST

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved