Rabu, 12 Mac 2014

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


[VIDEO] JURU NIKAH PALING KELAKAR <b>DI BATU PAHAT</b> JOHOR <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2014 11:00 PM PST

MOHD Assubhi (kanan) menikahkan pasangan

Batu Pahat: Tok kadi jenaka. Itu gelaran diberikan kepada Penolong Pendaftar Nikah Daerah Batu Pahat Mohd Assubhi Sidon, 36, atau lebih dikenali Ustaz Suboh.

Gelaran itu diberikan selepas Mohd Assubhi gemar berjenaka ketika mahu menikahkan pengantin hingga menimbulkan suasana lucu kepada hadirin sepanjang majlis berlangsung.

Mohd Assubhi semakin popular selepas rakaman video beliau menikahkan pasangan pengantin dimuat naik ke lamanYouTube bertajuk 'Tok Qadi-Best Ever Seen In Batu Pahat Johor' tersebar disusuli laman sosial Facebook (FB) dan Twitter sejak akhir Januari lalu.

Rakaman berdurasi tiga minit 10 saat itu dimuat naik di YouTube pada 15 Januari dan hingga kini, ia sudah ditonton kira-kira 300,000 pengunjung.

Hampir keseluruhan komen ditinggalkan mengenai rakaman video itu memuji kaedah digunakan Mohd Assubhi yang berasal dari Parit Besar, Jalan Kluang kerana membantu pengantin lelaki menenangkan diri sebelum dinikahkan.

myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads