Isnin, 10 Mac 2014

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2014 07:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Homestay Tawakkal: KEMUDAHAN <b>DI</b> HOMESTAY <b>BENUT</b>

Posted: 23 Nov 2013 07:14 PM PST

Alhamdulillah bertemu kembali dengan rakan2 dan juga pelanggan2 yang kami kasihi. Di musim cuti persekolahan begini memang kami agak sibuk melayan tempahan untuk menginap di homestay kami. Kadang2 terlalu banyak tempahan yang bertindih terutamanya di hujung minggu. Kami minta maaf jika terlalu sibuk hingga tidak dapat menjawab panggilan anda. Mungkin bagus kiranya anda dail semula jika tiada jawapan di panggilan pertama.
Mercu tanda anda sudah tiba di homestay, Tangki Air
Seperti yang anda sedia maklum, kami sudah memulakan operasi di lokasi terbaru di Benut, Pontian yang terletak bersebelahan dengan lokasi pertama kami. Konsep homestay kami masih kekal dengan KLASIK ITU MENAWAN yang mana kami telah menggunakan rumah klasik kayu kami yang telah dinaik taraf dengan kelengkapan terkini seperti sistem penghawa dingin (satu untuk setiap bilik tidur), mandian air panas, juga Astro untuk kemudahan pelanggan kami semua.

Untuk memudahkan anda yang menginap di homestay kami, ingin juga kami kongsikan kemudahan2 yang terletak berdekatan dengan lokasi homestay.

1. Kedai makan/restoran
Kami tahu yang anda datang dari pelbagai lokasi dari seluruh Malaysia malahan ada juga yang datang dari negara jiran. Jadi kami pasti bila tiba, dan perut terasa kosong, pasti tempat makan menjadi tujuan untuk menjamu selera. Lokasi kami yang terletak di tengah2 pekan Benut sebenarnya amat mudah untuk ke lokasi menjamu selera. Restoran Burhani yang terletak hanya dalam 20m atau 2 minit berjalan kaki yang beroperasi 24 jam merupakan lokasi terdekat yang boleh anda kunjungi.

Selain itu, ada juga beberapa restoran yang terletak dalam lingkungan 100 meter dari homestay kami. Restoran 25 JAM, Tepian Raudah, Restoran Haji Arshad, Restoran Singgahsana, kedai minuman Coolblog antara lokasi berdekatan untuk menjamu selera.


2. Masjid
Terletak kurang dari 500m. Selain digunakan untuk beribadat, juga boleh digunakan sebagai tempat untuk menjalankan majlis akad nikah.
3. Stesen Minyak - Shell, Petronas
Terletak lebih kurang 1 km. Mudah untuk dapatkan bekalan minyak untuk mereka yang datang berkenderaan.

4. Dewan Serbaguna
Bagi yang mungkin ingin mengadakan majlis perkahwinan, atau pun majlis keraian, dewan ini menjadi pilihan kerana saiz dan kemudahan yang ada.


5. TARGET shopping centre
Terletak di Pusat Perniagaan Benut yang menawarkan pelbagai barangan keperluan seperti makanan, pakaian dan banyak lagi.
6. Bank Rakyat & BSN
Cawangan Bank Rakyat & BSN yang baru dirasmikan oleh Dato' Ahmad Maslan. Memudahkan urusan perbankan anda. 7. Pejabat Pos (juga ada mesin ATM Maybank)
8. Kedai 2nd hand (Bundle)
Mula beroperasi 9 mlm ke atas hingga awal pagi, juga ada di Rengit yang terletak lebih kurang 15 minit perjalanan. Tempat yang sesuai anda lawati jika ingin mencari barangan terpakai yang kadang2 lebih berkualiti berbanding dengan barangan baru. 9. Klinik
Ada beberapa klinik yang boleh anda kunjungi sekiranya anda atau kaum keluarga menghadapi masalah kesihatan. Antaranya ialah Klinik Rashid (berdepan dengan homestay kami), Klinik Tan, Klinik Muhammad, dan Klinik Kerajaan di Parit Ismail.
10. Balai Polis
Keselamatan anda menjadi keutamaan kami. Kami ingin memastikan yang tempat yang anda lawati adalah selamat. Anda HAPPY kami puas hati. 11. MRSM Pontian yang terletak di mukim Ayer Baloi (8km)
Pasti ada segelintir yang menghantar anak ke asrama ini. Anda tidak perlu risau kerana homestay kami hanya beberapa kilometer dari MRSM ini yang terletak di mukim Ayer Baloi.
12. Kukup (47km)
Jika ingin ke pulau2 berdekatan di Indonesia, ini tempat yang anda patut tujui. Ada perkhidmatan feri laju yang disediakan dan pusat imigresen. Selain itu juga ini tempat tujuan untuk mendapatkan makanan seafood yang terbaik di Johor.
13. Tanjung Piai (50km)

14. Sekolah
Mungkin ada yang datang ke Benut untuk menghadiri mensyuarat, audit berkala mahupun urusan2 pejabat. Ada beberapa sekolah yang terletak berhampiran seperti Sek Sri Tanjung, Sek Men Benut, Sek Keb Benut, Sek Agama An-Nur, Sek Agama Benut, Sek Agama Bersepadu, Sek Keb Bugisia dan juga Sek Sri Benut. 15. Stesen bas & teksi
Untuk yang datang ke Benut menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, jangan bimbang kerana lokasi kami hanya berada 1km dari stesen bas & teksi (Tanjung).

16. Dataran Dato Jalok, Benut (0.5km)
Seringkali diadakan majlis seperti Pesta Jualan, Pesta UMNO, Pesta UTM, Forum Perdana Hal Ihwal Islam dan lain2. Kami ada pelanggan yang menginap yang berniaga di pesta2 tersebut.

17. Pekan berdekatan Benut
Simpang Renggam (24km)
Batu Pahat (48km)
Pontian (25km)
Rengit (10km)

Semoga dengan coretan ini membantu anda untuk 'survive' di pekan Benut. Kami pasti pengalaman indah ini sesuai untuk dikongsikan bersama keluarga mahupun sahabat handai sebagai destinasi untuk lari dari kesibukan hidup di kota raya. Hingga berjumpa lagi di coretan lain.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads