Rabu, 12 Mac 2014

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


dear diary...: Family Trip at <b>Desaru</b> : Lotus <b>Desaru</b> Beach Resorts

Posted: 24 Feb 2014 06:47 PM PST

Alhamdulillah, kesempatan cuti panjang Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah, digunakan sebaiknya untuk pulang ke kampung. Bila dah duduk berjauhan dari keluarga ni, cuti panjang barulah dapat berkumpul semua adik-beradik. Emaklah paling seronok. :)

Kami bertolak dari KL setelah husband balik kerja dalam pukul 12.00 tengahari, husband ambil time off semata-mata untuk elak traffic jam. Alhamdulillah, mujur sepanjang perjalanan ke JB, jalan tak berapa jam walaupun kenderaan mulai banyak. Kami sampai lepas Asar, dalam pukul 5:30 petang. Sampai-sampai je, dah dengar keriuhan anak-anak buah. Alahaiii rindu bebenar dengan anak-anak buah, Wan Muhammad Darwisy Iman, Wan Muhammad Dani Aiman dan Muhammad Hadiff Zikriy. Nama budak-budak generasi Y sekarang ni bukan main panjang lagi kan? macam manalah cikgu depa nak menyebutnya. Hihi

Disebabkan masing-masing dah lama tak ke Desaru, so we decided to go to Desaru tomorrow. Short plan je ni. Lenjan je, lagipun perjalanan dari rumah ke Desaru dah dekat, dalam sejam je melalui Highway Senai-Desaru yang baru buka. Pagi tu, tunggu anak-anak buah bangun, saya pula yang over excited bangun pagi-pagi siapkan keperluan sementara menunggu anak-anak raja ni bangun. Huhu. Seronoknya kali ni, sebab atok pun nak ikut sekali, selalunya dia tak berapa nak ikut sebab masalah keselesaan kaki atok, yang tak boleh berdiri lama. Atok cakap sekali-sekala kena jugak keluar rumah, boring katanya duduk rumah je. Huu..

Kami gerak ke Desaru, tepat jam 9:00 pagi dan sampai dalam pukul 10:15 pagi. Anak buah saya, si Darwisy bukan main excited lagi masa mula-mula sampai Lotus Desaru, sampaikan tertampar muka saya. Huhu. Nasib baiklah budak lagi, umur pun baru 2 tahun lebih. Tak pe, Mak Long maafkan dengan redha.

Desaru ni terletak di daerah Kota Tinggi dan merupakan salah satu pantai yang terletak di Laut Cina Selatan, di mana laluan kapal dari Singapura dan Pulau Batu Putih ke Cina. Panjang pantai desaru ini lebih kurang 17 km. Sepanjang pantai Desaru ini terletak banyak resort dan hotel untuk penginapan pengunjung. Antaranya, Desaru Pulai Spring, Lotus Desaru Beach Resort dan lain-lain lagi. Bagi yang ingin bersantai-santai bersama keluarga di hujung minggu, anda bolehlah mengunjungi Desaru. Amboi, siap promote lagikan? Bagi nak mengetahui sejarah Desaru ni, bolehlah layari blog ni : DESARU

Berbalik pula percutian kami sekeluarga. Kami memilih untuk ke Desaru Lotus Beach Resort kerana di situ ada mini water theme park sesuai untuk anak-anak kecil bermandi-manda. Kami tak menginap di situ kerana kebanyakan hotel telah full-booked, mungkin disebabkan Public Holiday, maka ramailah datang bercuti di sini. Harga hotel ni serendah RM180.00 untuk single suites. Sekarang Agoda ada buat promotion, kalau nak booking, booking cepat-cepat melalui Agoda. Huhu.. promote lagi.

Di Desaru Lotus Beach Resort ni ada tempat menginap dan mini water theme park, accomodition hotel ni memang cukup lengkap, ada gym, spa dan recreational park. Mini water theme park di hotel tersebut juga dibuka untuk orang luar dengan harga RM38 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 4 tahun pula dikenakan bayaran RM5.00. Mini water theme park sini tak lah besar macam A-Famosa mahupun Sun Way Lagoon, tapi masih boleh berseronok jugalah. Kat situ ada Lazy River yang melalui gelongsor sepanjang 150 meter sahaja. Tapi masa datang sini, saya dapat layan lazy river ni satu kali trip sahaja. Sebabnya pukul 12:00 tengahari dah ditutup untuk tujuan pembersihan, pukul 2:00 petang akan dibuka balik mengikut pengiraan sayalah. Huhu.

Di situ juga ada, kolam untuk kanak-kanak. Memang masa datang ni dipenhi dengan budak-budak dan emak budak. Antaranya saya dan anak-anak buah. Masa kat sini, ada incident yang menyebabkan anak buah saya Dani yang berumur bawah setahun, fobia nak masuk dalam air, sebab tersemban dalam air. Kesian betul Dani. Bila nak masukkan dalam air, bukan main peluk kita sekuat-kuat hati dia. Tapi lama-lama bila dah pujuk dia, akhirnya baru dia nak masuk dalam air. Si Darwisy pula memang hantu air, dia bukan main seronok lagi main dalam boya. Huhu... Orang cakap pelampung, dia seboleh-boleh betulkan BOYA. hehe. padahal sama je kan. Hadiff pula, jenis tak tahan sejuk, baru main sekejap dah menggigil. Huhu... Macam-macam budak-budak ni.

Selain tu juga, ada coconut tree, bila air penuh dalam coconut tu, air akan melimpah bagaikan bah ataupun macam kena curah dengan baldi gergasi. Haa... boleh bayangkan tak macam mana. Ikutkan hati nak try banyak kali... tapi bila nak try je, air dah melimpah. Huhu. Husband plak layankan je lah.

Tengahari pula, bila dah lapar. Kami sekeluarga pergi makan ke Food Court yang terletak di Bandar Penawar. Sedap rojak mak cik tu. Sampaikan beli bungkus lagi. Saya order nasi lemak dan air asam boi. Air Asam Boi dia pun sama terbaiklah, siap blend lagi air batu dia. Memang sedap sangat minum dalam keadaan cuaca panas. After lunch, kami singgah ke masjid berhampiran, solat dulu baru boleh pergi balik ke Dearu Lotus Beach Resort.

Singgah balik ke situ, semata-mata untuk main paintball sebabnya bayaran masuk water theme park dah termasuk 100 bullets for person dan air isotonik. Kalau tak main, rasa buang duit je kan. Lepas solat, pergi balim resort tu, untuk habiskan 500 bullets untuk 5 orang. Angah surrender sebab anaknya meragam. Jadi saya, husband, adik bongsu, alin dan husband menghabiskan 500 bullets. Puas kau main. Huhu.

Lepas tu, kami layan pantai desaru sebelum balik. Ramai betul pengunjung masa datang sini, maklumlah hari cutikan. Sayang masa ni, air pantai dah surut. Kalau tak boleh feel bercanda di tepian pantai, Huhu. Sekarang dah banyak aktiviti pantai kat sini, dulu cuma bermandi-manda ja di sini. Sekarang, dah ada banana boat, kayak, kapal layar dan macam-macam lagilah inisiatif pihak hotel.

Ok, jom layan gambar-gambar di Desaru menggunakan HP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads