ads

Ahad, 23 Mac 2014

01 di endau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di endau - Google Blog Search


WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg <b>Endau</b>-Rompin - Monier Mat Din

Posted: 15 Feb 2014 07:10 PM PST


Saya berasal dari Baling Kedah. Sejak dari bangku sekolah lagi, melalui pembacaan di media-media massa, saya diajar dan diberitahu bahawa di bumi Malaya yang bertuah ini, daerah kelahiran saya Baling Kedah inilah yang paling miskin di Malaysia.

Untuk beberapa lama itulah tanggapan saya bila berbicara mengenai isu kemiskinan ini hinggalah saya diberi peluang untuk bergiat aktif dengan NGO Wargakilang, masuk kampung keluar kampung di seluruh pelusuk negara bersama kwn2 jadi "posmen" tolong hantar brg2 sumbangan kpd keluarga2 susah dan miskin.

Rupa-rupanya, yang dikatakan orang miskin ini bukan saja ada di Baling Kedah, merata Malaysia duk ada, tak kira negeri mana atau pun parti mana yang menjadi pembangkang di situ, semuanya ada.

Ini saya nak kongsi sikit kisah perjalanan kami NGO Wargakilang pi riki cari keluarga miskin di sempadan negeri Pahang dan Johor di sekitar kawasan Endau Rompin baru-baru ini.


Hampir sama saja senarionya seperti keluarga2 miskin/susah yang biasa kami temui di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan merata tempat itu. Biar apa pun orang kata, kemiskinan masih tetap merupakan agenda utama permasalahan bangsa, ianya masih segar hidup dan tumbuh melata.

(Keluarga susah anak 6, sulung 12 tahun, hidup sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang)

Ketika kami singgah di rumah ini, ayah mereka tiada di rumah, sibuk membajak di sawah bendang. Kadang2 pagi ke laut menangkap ikan, petang turun ke petak sawah buat buat bendang, atau pun sebaliknya bergantung kpd musim  - mcm org dulu2, hidup bergantung perubahan iklim dan cuaca.

Keluarga yang di bawah ini pula, hidup menumpang di tanah orang.


(Rumah, sekadar cukup untuk tumpang tidur dan berteduh)

Rumah Encik Jebat di pedalaman Pianggu ini mengingatkan saya kepada rumah-rumah Melayu Tradisional di Kedah sekitar tahun tahun 1970an dulu, sekarang ini sudah jarang ditemui.


(Sdra Burhan, berseluar putih, aktivist Wargakilang dari Kelantan - posing macam Hail Amir, nampak macam foto tahun 1970an lah pula)

Nak habag katanya - masih ada tempat di pedalaman Rompin ini yang nampaknya masih belum berubah dan terusik dek arus zaman. Berkunjung ke sini seolah2 membawa kami pulang ke suatu zaman yang silam. Insyaallah kami akan ke sini lagi.

Perjalanan seterusnya membawa kami ke Kg Kasing, Pianggu.



(Dari jauh nampak typical rumah biasa di kampung2 sekitar Rompin ini)

(Tinggal di dalam rumah ini seorang Pakcik Tua dan seorang anaknya yang OKU bersama cucu-cucunya)

(Pak Syed: pernah bekerja sebagai buruh kasar untuk membesarkan anak-anak dan menyara keluarganya)

Bila minta maklumat details, nama dan sebagainya, Pak Syed cakap:

"Nama saya Isa Bin Puteh, nama penuh saya Syed Isa Bin Syed Puteh"

Ooo - keturunan Syed !!

Terus dia jawab:

"APA ADA PADA NAMA "SYED" - KALAU TAK BERIBADAT, KE NERAKA JUGA AKHIRNYA!!"

Terkejut saya.

Bila kami ceritakan tujuan kedatangan kami, nak ziarah dan sampaikan sedikit barang-barang sumbangan itu, Pak Syed naik emosi, bergenang air mata dia, dan dlm keadaan sebak dan teresak-esak Pak Syed seolah-olah bagi ucapan, dia cakap:


"Kepada saudara-saudaraku seislam sekelian, terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang menjengok kami. Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi - kalau tidak di Dunia, insyaalah di Padang Masyar kita bertemu juga akhirnya"
(Pak Syed dan anak beliau yang OKU, bersama sdra Azman, Ketua Wargakilang Terengganu)

Insyaallah kami akan berkunjung lagi ke rumah Pak Syed nanti, mudah2an kami dan juga Pak Syed dipanjangkan usia untuk bersua muka lagi. Org lama macam ini banyak ilmu kehidupan yang boleh kita pelajari.

Perjalanan seterusnya membawa kami ke kawasan yang bernama Kg Setajam kalau tak silap yang penuh dengan sawah padi sejauh mata memandang - sebijik macam di Kedah.
(Sekali tu kami terpandang bendera HIJAU KUNIN di pinggir permatang sawah ini - dikatakan ramai yang berasal dari Kedah, dibawa mai ke sini di zaman Tunku Abd Rahman jadi PM dulu untuk teroka hutang dan buka sawah bendang di kawasan ini. Wallah hu aklam)

(Team Wargakilang di antara petak Sawah Bendang - memang sebijik mcm di Kedah)

Dan seperti di Kedah juga, di antara petak sawah ini ada "Pulau-Pulau" kecil yang memuatkan satu dua buah rumah yang sedikit jauh ke dalam.



(Kami dibawa ke sebuah rumah yang penghuninya tersenarai dalam list yang layak terima sumbangan)

Tinggal di rumah ini adalah sepasang suami isteri, keluarga petani buat bendang bersama anak-anak mereka termasuk seorang yang OKU. Kerana hidup dlm sedikit keterpayahan bangkali, ada antara anak2 mereka yang diberi kepada keluarga terdekat untuk dijaga.



(Mini gathering utk kami di NGO Wargakilang: Dalam foto ini ada Ketua WK Kelantan, Ketua WK Pahang, Ketua WK Tganu, Ketua WK Utara dan juga Aktivist WK dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah sebuah perjalanan yang menginsafkan)

Sembang pi sembang mai, saya agak terkejut bila Makcik ini habag kata rumah ini tak ada bekalan elektrik. Biaq betoi !


(Memang betoi pun, lampu pelita karbaid yang org duk guna di pasar malam  - lampu inilah yang menerangi rumah mereka setiap malam)
(Dalam perjalanan pulang, kami terkejut bila terlihat kat hujung sana nu, tak sampai pun beberapa ratus meter dari rumah Makcik tu, jelas kelihatan terpacak megah jana kuasa TNB di tengah bendang)

Laluan elektrik itu, awatnya rumah Makcik itu tak ada karan (current)?

KAMI PUN TAK TAU PASAI APA !!

Insyaallah 23 hb Mac ini kami akan ke Endau-Mersin-Rompin lagi.

Sesiapa yang berminat nak konvoi pi, sila habag mai.

Boleh bawa brg2 agak2 utk 30 family yang akan dikunjungi nanti.
Moga kerja buat kita ini ada manfaatnya, insyaallah.

Terima Kasih

moniermatdin@yahoo.com
16.2.14
http://www.moniermatdin.blogspot.com
www.facebook.com/wargakilang

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved