ads

Sabtu, 22 Mac 2014

01 di johor bahru - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di johor bahru - Google Blog Search


Misteri Vila Nabila <b>Di Johor Bahru</b> - Khalic Dot Com

Posted: 13 Mar 2014 09:55 PM PDT

Malaysia berita

Diterbitkan pada 14 March 2014 | oleh Is Levis

Misteri Vila Nabila Di Johor Bahru | Sebuah vila yang beralamat di Nombor 65, Jalan Skudai, Johor Bahru yang terbiar tanpa penghuni sejak lebih 40 tahun lalu baru-baru ini mencuri tumpuan orang ramai.

Seluruh negara kecoh apabila media tempatan melaporkan kehilangan seorang remaja, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, di vila tersebut.

Bagaimanapun, kehilangan remaja itu terjawab apabila dia ditemui di rumah seorang rakan keesokan harinya.

Rentetan daripada itu, ramai yang mahu tahu apakah sejarah dan kisah sebenar di sebalik kewujudan vila tersebut.

Terdapat banyak versi tentang kewujudan vila berkenaan yang tidak diketahui kesahihannya.

Salah satu versi adalah kisah pembunuhan sebuah keluarga berketurunan Kaukasia yang didalangi oleh pembantu rumah mereka.

Menurut cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut, kesemua mayat penghuni termasuk anak mereka bernama Nabila telah ditanam di satu lokasi di dalam kawasan vila tersebut.

Namun, ada juga versi yang mengatakan mayat Nabila telah disimen di dalam dinding kediaman berkenaan.

8w1rzmtmxz6qv716g Misteri Vila Nabila Di Johor Bahru

Di sebalik misteri yang wujud, segelintir pihak percaya pelawat yang mahu memasuki vila berkenaan mestilah dalam jumlah yang genap.

Jika pelawat datang dalam kumpulan yang ganjil maka kumpulan itu akan diekori 'sesuatu' bagi menjadikan jumlahnya genap.

Justeru, 'kehilangan' Mohamad Izzat yang memasuki vila berkenaan bersama rakannya pada November tahun lalu adalah dikatakan melanggar pantang larang tersebut.

Vila yang dikenali sebagai Vila Nabila itu sebelum ini sememangnya sering menjadi tumpuan segelintir pihak termasuk golongan remaja terutamaya pada malam mnggu.

Menyelusuri vila yang terletak di atas bukit dan menghadap Selat Johor itu, hati pastinya bercampur-baur memandangkan persekitarannya yang sunyi.

Banglo yang terletak di atas bukit itu sudah reput dimamah waktu dengan sebahagian bumbungnya runtuh dan kawasan sekelilingnya ditumbuhi dengan pokok-pokok liar.

Akar-akar pokok yang berselirat dan melingkari salah satu daripada tiga bangunan yang terdapat di vila itu menjadi bukti betapa vila itu telah lama ditinggalkan sehingga ada yang menganggap kawasan itu sebagai 'keras'.

Namun, bagi pegawai penyelidik sejarah di Yayasan Warisan Johor, Kamdi Kamil, semua cerita yang dicanang tentang vila itu hanya mitos semata-mata.

Sebaliknya beliau menegaskan, vila itu dahulunya dikenali sebagai Christine Place yang dimiliki oleh seorang hartawan Cina tempatan bernama Yap Sing Hock, bekas pengarah syarikat Lien Ho Corporation Bhd.

"Nama Christine diambil sempena nama anak perempuannya iaitu Christine Yap Tse Yeeng. Bagaimanapun, selepas hartawan itu diisytiharkan bankrap, rumah itu dibiarkan kosong.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh timbul nama Vila Nabila, siapa itu Nabila?" katanya yang turut mengesahkan vila berkenaan sudah kosong sejak beliau berpindah ke kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada awal tahun 70-an.

Kamdi memberitahu, terdapat dua lagi Christine Place di Johor Bahru iaitu di Jalan Abdul Samad, namun kediaman tersebut sudah dirobohkan, manakala sebuah lagi di Jalan Tebrau yang merupakan tapak kediaman bekas Menteri Besar, Datuk Onn Jaafar.

Semakan terbaharu pula mengesahkan Vila Nabila itu dimiliki penama Low Sue Heng yang beralamat Nombor 4, Ridley Park, Singapura.

Sumber: Utusan Malaysia

Label: , , , , , , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved