ads

Khamis, 13 Mac 2014

01 di kahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di kahang - Google Blog Search


Parlimen <b>Gelang Patah</b> : Kit Siang Dikecam Pilih Kasih Bantu Rakyat

Posted: 28 Feb 2014 03:00 AM PST

JOHOR BAHRU, 27 Feb - Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digesa supaya bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira latar belakang agar mereka dapat pembelaan yang sewajarnya.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Johor, Jason Teoh Sew Hock mendakwa Lim tidak membela nasib 48 penternak ikan dan kupang di Perairan Tanjung Kupang, sebaliknya menyalahkan kerajaan negeri kerana mengakibatkan kematian ternakan mereka.

"Walaupun sudah dua kali beliau melawat kawasan tersebut tetapi sehingga sekarang tidak melakukan apa-apa tindakan kecuali menyalahkan kerajaan negeri melakukan aktiviti menambak dan mengorek pasir di situ," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau mendakwa anggota Parlimen Gelang Patah itu hanya menjemput media dari akhbar Cina menyertainya dalam lawatan keduanya pada 24 Feb lalu.

Lim juga mendakwa nelayan pantai yang sebelum ini boleh mencapai pendapatan RM10,000 sebulan telah berkurangan kepada RM3,000 sejak aktiviti menambak pasir dilakukan, katanya.

"Nelayan pantai di kawasan itu tidak pernah pun mencapai pendapatan sebanyak itu (RM10,000) kerana mereka merupakan nelayan kecil dan hanya meraih pendapatan sehari dalam lingkungan RM80 hingga RM150 sahaja," katanya.

Ini diakui seorang peraih ikan dan kupang Abdullah Zaidi yang sudah meraih selama 11 tahun dengan nelayan pantai di perairan Tanjung Kupang.

Kejadian ikan mati berikutan fenomena air pasang merah di Perairan Tanjung Kupang pada 12 Feb lalu menyebabkan 48 penternak ikan dan kupang di kawasan itu terpaksa menanggung kerugian mencecah RM5.5juta.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved