Ahad, 9 Mac 2014

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Seramai 204 Penduduk Tioman Terkandas <b>Di Mersing</b> ~ PDO News

Posted: 30 Dec 2013 09:30 PM PST

ROMPIN - Seramai 204 penduduk Pulau Tioman yang terdiri daripada 50 keluarga telah terkandas di bandar Mersing, Johor, kerana tidak dapat pulang ke pulau disebabkan perkhidmatan pengangkutan bot yang tidak beroperasi. Difahamkan, perkhidmatan pengangkutan bot di jeti tersebut tergendala daripada beroperasi seperti biasa sejak 23 Disember lalu akibat cuaca buruk dan ombak besar di perairan Mersing. Bagaimanapun, terdapat 25 orang yang terdiri daripada lima keluarga yang tidak mempunyai saudara di sekitar Mersing terpaksa ditempatkan di Balai Raya Kampung Air Merah sejak semalam kerana tidak sanggup lagi bermalam di hotel disebabkan tidak mampu menanggung kos penginapan. Manakala baki penduduk lain yang turut terkandas masih mampu menginap di hotel-hotel di sekitar bandar Mersing dan ada juga yang menumpang di rumah saudara mara. Dalam pada itu, ADUN Endau, Datuk Abdul Latif Bandi turut melawat mereka yang terkandas itu sambil menghulurkan bantuan. Sementara itu, nasib mereka yang terkandas turut mendapat perhatian ADUN Tioman, Datuk Mohd Johari Hussin yang turut turun padang bersama dengan Pegawai JKM Rompin untuk menyerahkan barangan keperluan asas seperti tilam, selimut dan makanan. "Pihak saya akan sedaya upaya uruskan bantuan ihsan bot Jabatan Laut Pahang untuk hantar mereka terkandas ke Tioman pada 30 Disember ini namun ia tetap bergantung keadaan cuaca semasa," katanya. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads