01 di muar - Google Blog Search |
- Kronologi Tragedi 8 Remaja Lemas <b>Di</b> Sungai <b>Muar</b>, Buloh Kasap <b>...</b>
- Kesemua 8 Mayat Mangsa Lemas <b>Di</b> Sungai <b>Muar</b> Telah Ditemui <b>...</b>
- Gambar 8 Remaja Mati Lemas <b>di</b> Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor
Kronologi Tragedi 8 Remaja Lemas <b>Di</b> Sungai <b>Muar</b>, Buloh Kasap <b>...</b> Posted: 22 Feb 2014 06:33 AM PST Tragedi 8 remaja mati lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat, Johor berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah 'menyedut', mangsa apabila terpijak dasar sungai itu. Berikut adalah kronologi kejadian malang yang menimpa 8 remaja terbabit: 21 Februari 2014
|
Kesemua 8 Mayat Mangsa Lemas <b>Di</b> Sungai <b>Muar</b> Telah Ditemui <b>...</b> Posted: 22 Feb 2014 05:20 AM PST Kesemua 8 Mayat Mangsa Lemas Di Sungai Muar Telah Ditemui | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Berhubung dengan insiden yang memilukan tempoh hari dimana Lapan Remaja Lemas Di Sungai Buloh Kasap di Sungai Muar Johor, petang tadi dilaporkan kesemua mayat mangsa ditemui. Ikuti laporan penuh. Ketua Polis Daerah Segamat Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata mayat Mohd Nazree Zainal, 14, ditemui terapung pada pukul 1.40 petang dan mayat Mohd Shafiq Md Sukur, 16, ditemui di dasar sungai pada pukul 2.06 petang. "Tiga mayat lagi turut ditemui di dasar sungai itu iaitu Mohd Zaki Zaidi,16, dan Mohd Izoan Hakimis Amin, 16, yang ditemui pada pukul 2.41 petang manakala mayat terakhir, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, ditemui pada pukul 2.46 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Mohd Kamil berkata kesemua mayat itu ditemui dalam lingkungan 10 meter dari kawasan kejadian dengan mayat Mohd Shafiq, Mohd Zaki, Mohd Izoan Hakimis dan Mohd Hafizuddin tersangkut pada kayu-kayu di dasar sungai. Kesemua mayat kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat. Semalam, gerakan mencari dan menyelamat berjaya menemui tiga mayat remaja itu Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15, di dasar sungai berhampiran satu sama lain. Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor Datuk Ab Ghani Daud berkata operasi mencari dan menyelamat terbabit menggunakan teknik kocakan bot yang membolehkan pergerakan pada kesemua mangsa yang tersangkut. Beliau berkata tempat kesemua mayat remaja itu ditemui turut merupakan tempat yang dihidu anjing pengesan ketika gerakan mencari dan menyelamat. "Bomba yang melakukan operasi dan menyelamat dalam tempoh 30 jam sejak semalam tidak mempunyai halangan yang begitu sukar kecuali bentuk muka bumi dasar sungai yang tidak rata," katanya. Ab Ghani berkata sehubungan penemuan kesemua mayat, operasi mencari dan menyelamat yang disertai 133 anggota merangkumi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam dan Pejabat Daerah ditamatkan pada pukul 3 petang tadi. Setakat ini pihaknya percaya kejadian tersebut disebabkan pasir jerlus di kawasan terbabit. Terdahulu, kesemua keluarga mangsa dilihat melakukan solat fardu Zohor dan solat hajat di kawasan kejadian sebelum suasana kemudian bertambah pilu apabila satu persatu mayat remaja itu ditemui. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut hadir meninjau gerakan mencari dan menyelamat terbabit. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi semalam, Mohd Hafizuddin yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu dikatakan tiba-tiba tergelincir sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang ke dalam sungai. Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap Norshida Ibrahim Daud berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai kerja-kerja mengorek pasir oleh sebuah syarikat berhampiran lokasi kejadian lemas itu. Tebing sebelah kiri dan kanan sungai tersebut katanya telah runtuh dipercayai akibat kerja-kerja menyedut pasir dengan menggunakan jentera penyedut berkuasa tinggi untuk mengeluarkan pasir dari dasar sungai berkenaan. Pagi tadi, Pegawai Daerah Segamat Abdul Rahim Nin di dalam sidang media berkata beliau telah pun mengarahkan kerja-kerja mengorek pasir berhampiran lokasi kejadian itu dihentikan dengan serta-merta. Norshidah berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan wang tunai RM500 kepada setiap keluarga terbabit bagi membantu urusan pengebumian mangsa. – Bernama Kredit Gambar – KataNajeeb Incoming search terms:The following two tabs change content below. Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia. Comments |
Gambar 8 Remaja Mati Lemas <b>di</b> Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor Posted: 21 Feb 2014 06:27 PM PST Gambar 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor : Entahlah……tiba-tiba saat menulis laporan berita ini, kalangan kami daripada Berita Semasa terpaksa mengesatkan air mata apabila secara tiba-tiba air mata kami mula berlinangan sedikit demi sedikit. Ya…Allah. Besarnya dugaan ahli keluarga saat menerima berita kematian anak-anak, adik beradik mereka. Inilah yang dikatakan hidup ini "ibarat pelita, bila-bila masa sahaja boleh padam". Lambat atau cepat sahaja. Dan inilah juga dikatakan…."asbab"disebalik ajak yang telah menemui 8 remaja ini. Tengok airnya pun sudah pasti tidak lalu & tiada selera untuk mandi manda di Sungai Boloh Kasap, Segamat Johor. Tetapi 8 remaja mati lemas disebabkan salah seorang rakan mula tergelincir dan….. Ikuti kronologi lengkap seperti di bawah ini… Kronologi Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor
Kejadian Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah 'menyedut', mangsa apabila terpijak dasar sungai itu. Senarai Nama 8 Remaja Mati di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor :
Gambar Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat JohorBerita Semasa difahamkan, 3 remaja mati lemas yang telah berjaya ditemui dalam kedalaman 20-30 kaki penuh lumpur dan ranting kayu.
Nasihat & tips Berita Semasa untuk diri kami sendiri dan kepada rakan pembaca yang lain, jikalau berhadapan situasi mahu menyelamatkan orang lemas, perkara pertama yang perlu dibuat adalah mengetuk kepala si mangsa sehingga pengsan. Paling tidakpun, selamatkan orang yang tengah bergelut kelemasan daripada belakang. Kalau anda rasa tidak kuat biar mangsa lemah dahulu (dengan kita berada dekat dengan mangsa dalam jarak 3-4 kaki dari belakang) dan apabila mangsa kelihatan lemah cepat-cepat sambar dagu menggunakan lengan dari belakang dan tarik mangsa daripada belakang. Elakkan, ketika mangsa sedang meronta, jangan sesekali pergi depan nanti dia akan melompat panjat kita dan kita akan lemas. P/S : Apapun, semoga Allah merahmati roh-roh semua arwah dan beri kesabaran & kekuatan kepada keluarga bagi menghadapi dugaan ini. Salam takziah kepada keluarga mangsa! KLIK Butang LIKE
& SHARE
(Kongsikan Berita Ini) |
You are subscribed to email updates from di muar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan