Khamis, 13 Mac 2014

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


My Media Hub: Kronologi Tragedi 8 Remaja Lemas <b>Di</b> Sungai <b>Muar</b> <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2014 06:33 AM PST

Tragedi 8 remaja mati lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat, Johor berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah 'menyedut', mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.
Berikut adalah kronologi kejadian malang yang menimpa 8 remaja terbabit:
21 Februari 2014
  • 6:00 pagi - 12 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat dari Taman Mewah keluar joging berhampiran Sungai Muar, Pekan Buloh Kasap, Segamat
  • 8:50 pagi - Mereka berhenti di Sungai Muar & 8 daripadanya berhasrat untuk mandi. 4 remaja yang lain menolak kerana tidak tahu berenang
  • 9:00 pagi - Seorang remaja & 8 remaja jatuh ke sungai akibat tergelincir dari tebing yang runtuh, sementara yang cuba selamatkan sebelum seorang demi seorang mati lemas
  • 9:48 pagi - Operasi mencari & menyelamat dimulakan
  • 3:29 petang - Mangsa pertama daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 14 berjaya ditemui
  • 3:41 petang - Mangsa kedua daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Zikri zaidi ditemui
  • 4:22 petang - Mangsa ketiga daripada 8 remaja mati lemas, Nazrul Aminuddin Zamri, 15, ditemui
  • 11:00 malam : Operasi mencari & menyelamat melibatkan baki 5 remaja mat lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berhenti dan bersambung
22 Februari 2014
  • 7:30 pagi - Operasi mencari dan menyelamat lima mangsa mati lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor bersambung semula.
  • 1:25 petang - Mayat Mohd Nazreen Zainal, 14 ditemui sebaik saja azan Zuhur dilaungkan untuk solat berjemaah
  • 2:06 petang - Mayat Mohd Shafiq Md Shukor, 16 ditemui 
  • 2:46 petang - Tiga mayat iaitu Mohd Zaki Zaidi, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13, dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16, dan ditemui kira-kira satu meter dari tempat mayat pertama ditemui semalam.
Senarai Nama 8 Remaja Mati di Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat Johor:

  1. MOHD ZAKI ZAIDI, 16
  2. MOHD ZAKRI ZAIDI, 14
  3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16
  4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16
  5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14
  6. MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15
  7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13
  8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads