Khamis, 6 Mac 2014

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


Majlis Walimatulurus <b>Di</b> Parit Penyengat, <b>Parit Jawa</b> Muar Johor.

Posted: 27 Feb 2014 08:34 PM PST


Tarikh :01 Febuari 2014

Tempat : Parit Penyengat Muar.


            Assalamualaikum w.b.t . Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah dijemput bergendang di Majlis Walimatulurus di Kampung Parit Penyengat, Mukim Seri Menanti Muar Johor. Kami berkumpul seawal jam 10.00pagi bagi memastikan segala persiapan serta kelengkapan kami dalam keadaan sempurna. Tepat jam 11.00pagi kami sampai dan disambut dengan salam penuh mesra dari pihak tuan rumah. Kami dijemput untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum memulakan permainan kami

 
           Jam ditangan tepat menunjukkan pukul 11.30pagi. Tanpa melengahkan masa lagi kami persiapkan segala peralatan kami untuk memulakan persembahan. Kami memulakan persembahan dengan memainkan beberapa lagu rakyat sebagai salam perkenalan kami kepada tuan rumah dan penduduk kampung disini. Persembahan kami juga digilir gilirkan bersama DJ karaoke yang bertugas. Persembahan kami berehat seketika bagi memberi laluan azan zuhur dan menunggu ketibaan pengantin serta iringan persilat yang dijemput.




            Setibanya pasangan penganti, kami memulakan kembali pukulan gendang dan tiupan serunai bagi mengiringi persembahan persilat yang dijemput oleh tuan rumah. Selepas selesai persembahan dari persilat yang terlibat, kami meneruskan permainan kami bagi memeriahkan suasana majlis pada hari tersebut.

         Persembahan kami tamat jam 4.30petang. Segala perancangan bagi menjayakan majlis ini telah terlaksana. Sebelum pulang, sempatlah juga kami duduk semaja bersama tuan rumah dan menjamu hidangan yang telah disediakan. Kami dari Kumpulan Gendang Lawi Merah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan rumah serta keluarga yang sudi menerima kami bagi memeriahkan majlis ini. Salam dihulur memohon maaf sekiranya sepanjang perjalanan persembahan kami ini ada terkurang dan terlebih yang tidak disengajakan. Sekian dari kami. Terima Kasih .

Yang Terlibat:

1. Muhd Zahir Bin Mahfudz

2. Muhammad Taufik Bin Ramli

3. Shahreel Hazeem Bin Zaidin

4. Muhammad Shariz Bin Salleh

5. Muhammad Haziq Bin Hishamudin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads