ads

Sabtu, 29 Mac 2014

01 di parit raja - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di parit raja - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2014 09:33 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kenangan pahit <b>di Parit Raja</b> | thespokenme

Posted: 22 Mar 2014 04:13 AM PDT

Hari Rabu lepas bersamaan 19/03/14 merupakan detik-detik yang bersejarah dalam hidup aku. Pertama kali dan aku berharap ini adalah kali terakhir benda ni berlaku.

Nak dijadikan cerita, pagi Rabu tu masa kawan aku si Y bangun solat subuh dia ternampak satu tingkap dekat rumah kitorang terbukak. Langsir diselak tinggi. Dia rasa pelik tapi tak syak apa-apa sebab maybe si M terlupa nak tutup.

Kemudian, dalam pukul 7++ pagi tu, si M bangun untuk siap-siap ke kelas dia nampak tingkap terbukak dan dia rasa tak sedap hati. Dia pun check laptop dia ada ke tak sebab dia letak laptop dekat kerusi. Kebetulan meja study dia memang betul-betul dekat tingkap yang terbukak tu tapi dia tak letak laptop atas meja sebab bahaya. So, dia letak dekat kerusi. Malangnya, laptop si M takde kat situ.

Dia pun tanya si Y sama ada ada simpan laptop dia ke tak tapi Y cakap tak. Masa tu aku tengah tido tetiba terjaga sebab dengar bising-bising. Rupa-rupanya rumah kitorang dah dimasuki pencuri!

Actually, pencuri tu tak masuk rumah pun tapi dia bukak tingkap dan seluk tangan ke dalam. Walaupun ada gril dekat tingkap tu tapi gril tu lubang dia agak besar. Cukup besar untuk keluarkan laptop. Bila check balik, kitorang nampak ada 3 batang penyapu yang dah disambung kemudian hujung dia ada sodok untuk amik barang.

Si M ni cuba check sama ada barang yang lain hilang ke tak tapi barang yang lain selamat. Sebenarnya, ada lagi yang hilang tapi M tak perasan lagi time tu. Tak berapa lama lepas tu, ada lagi sorang kawan aku si A sedar yang purse dia takde dekat meja. Time tu baru si M ni perasan yang duit dia dalam purse dah hilang.

Yang peliknya, cemana pencuri tu bule bukak tingkap sedangkan kawan aku dah kunci semua pintu dan tingkap. Kitorang assume maybe, si M tu tak lock tingkap tu rapat. Lagi satu, kenapa dia tak ambil sekali purse si M ni tapi purse si A dia tak tinggal pun purse. Satu lagi benda pelik, kitorang syak yang pencuri ni tangan dia memang panjang sebab dari tingkap nak bukak drawer meja si M ni jauh. Agak mustahil untuk bukak by hand. Tapi kalau untuk tarik laptop dekat kerusi tu, memang sampai.

So, lepas semua siap-siap, kitorang pegi buat laporan polis dan inform tuan rumah. Lama jugak dekat balai polis tu. Lepas tu, polis datang rumah. Aku dengan si A tak join masa polis pergi rumah sebab aku bawak A gi JPN. Nak buat IC baru. Pastu pegi bank. Tapi berdasarkan apa yang Y dengan M cakap, polis tu tak amik pun cap jari dekat batang penyapu. Diorang cuma amik gambar pastu nasihat suruh hati-hati.

Aku kecewa jugak la sebab cemana nak tangkap penjahat kalau tak amik cap jari? Memang la ni bukan kes rompakan besar-besaran tapi jenayah camni kalau tak dibanteras mesti makin bertambah dan akan membawa kepada jenayah berat. Lagi satu, sampai sekarang aku masih trauma dan tak boleh tidur nyenyak. Orang tu berpotensi untuk buat kecurian sekali lagi dan na'uzubillah, aku takmau la benda tak elok jadi.

Kawasan rumah ni memang agak tersorok tapi takde pun RELA nak buat rondaan atau jaga dekat area ni. Polis pun lepas kitorang buat laporan, tak guard pun rumah kitorang malam tu. Dah la rumah ni ada 4 orang, hujung sekali, semua perempuan dan semua student. Aku taknak komen lebih-lebih tapi aku kecewa dengan polis dan aku tak boleh nak maafkan pencuri tu. Dia bukan je curik barang tapi perbuatan dia tu mengganggu mental dan emosi aku dan rakan-rakan.

Kalau nak balik rumah pun aku dah rasa tak best sebab rasa tak selamat. Lagi orang mau sembang Malaysia masih aman. Aman ke bila jadi camni tapi polis tak buat apa-apa and penjahat tu bebas camtu je?

Aku doa supaya takde apa-apa yang berlaku lepas ni. Dah la duduk jauh dari family. Aku cuma harap keselamatan diri terpelihara. InsyaAllah…

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved