ads

Jumaat, 28 Mac 2014

01 di parit sulong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di parit sulong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2014 07:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

tragedi 1977-<b>gelang patah</b> johor - tinta sebuah kehidupan - Blogger

Posted: 08 Mar 2014 02:11 AM PST

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sabtu semua.Hari ini kita digemparkan dengan kehilangan sebuah pesawat MH370 milik syarikat penerbangan MAS.Moga Allah mempermudahkan proses mengesan pesawat tersebut dan semuanya selamat.Dengar berita aku tertarik dengan kes pertama pesawat terhempas sekitar tahun 1977.Aku memang belum lahir lagi.Jadi tertarik nak buat research pasal sejarah hitam ini.
Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan.Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Peristiwa yang berlaku 37 tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.
Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya.Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat.Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura.

Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.

Tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) secara konsesi dan dirizabkan sebagai zon bebas aktiviti manusia. Paya yang hangus dan menjadi saksi kepada 100 jiwa yang terkorban itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder.

Tugu Peringatan Tanjong Kupang di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru itu telah dibina sebagai usaha untuk memperingati mereka yang terkorban dalam tragedi Tanjung Kupang.

BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Mar 2014 08:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2014 09:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2014 09:49 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Mar 2014 09:48 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Feb 2014 09:55 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pemuda <b>Gelang Patah</b> Sedia Bantu YB – Fakrul Zafran | JTimes

Posted: 24 Dec 2013 06:48 AM PST

Gelang Patah : Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah melaluai Naib Ketua Sdr Fakrul Zafran memberi jaminan akan menyokong dan membantu setiap program YB Dr Hj Zaini Hj Abu Bakar selaku wakil rakyat DUN Nusajaya yang mewakili Barisan Nasional.

Beliau menyifatkan program sehari bersama YB Nusajaya yang di buat oleh YB Dr Hj Zaini Hj Abu Bakar selaku wakil rakyat DUN Nusajaya adalah program yang akan memberi manafaat kepada rakyat dan parti khasnya kerajaan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas kembali Parlimen Gelang patah dan mengambil Dun Skudai yang di menangi oleh calon parti DAP pada PRU13 yang lepas.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO program turun padang dan program yang tidak formal menjadi agenda utama untuk merapatkan diri dengan golongan muda sejajar dengan apa yang di kehendaki oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia .

RM480 juta untuk SRJK(C) Kuo Kuang <b>Gelang Patah</b>?

Posted: 01 Nov 2013 09:54 PM PDT

KUALA LUMPUR: Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memperuntukkan RM480 juta kepada dua SRJK(C) Kuo Kuang1 dan 2 di Gelang Patah berasaskan janjinya dalam Pilihan raya Kecil Sungai Limau?

Ini untuk membuktikan bahawa Barisan Nasional akan terus membantu sekolah rendah Cina dan Tamil 'selagi ada matahari dan bulan'.

Demikian pertanyaan dilontarkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, semalam.

Ini ekoran pada pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk SRJK(C) Aik Min, RM1 juta untuk SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau dan RM50,000 untuk SRJK (C) Pek Hwa.

SRJK(C) Aik Min mempunyai 15 murid dalam lima kelas, iaitu Darjah 1( 2 murid), Darjah 2 (2), Darjah 3 (5), Darjah 4 (3), Darjah 5 (0) dan Darjah 6 (3).

SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau pula mempunyai 41 orang murid dalam enam kelas, iaitu Darjah 1 (1), Darjah 2 (5), Darjah 3 (10), Darjah 4 (4), Darjah 5 (12) dan Darjah 6 (9).

Sewaktu mengumumkan peruntukan berkenaan dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin menyebut bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membantu sekolah Cina dan Tamil selagi ada matahari dan bulan.

Menurut beliau, dakwaan yang menyebut Barisan Nasional hanya memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah berbahasa ibunda ketika pilihanraya umum atau pilihanraya kecil adalah tidak benar.

Beliau mengatakan bahawa peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina di Sungai Limau telah diluluskan lebih awal dan bukan "gula-gula" untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 1,800 orang di sana.

Kata beliau: "Walaupun di waktu tiada pilihanraya, kami tetap akan membantu kerana kerajaan Barisan komited untuk memperbaiki tahap pendidikan."

Justeru, Lim mengalu-alukan peruntukan berjumlah lebih RM2 juta kepada sekolah rendah Cina di Sungai Limau.

Katanya, berdasarkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada SRJK(C) Aik Min, atau RM66,666 bagi setiap seorang daripada 15 pelajar, dua buah SRJK (C) Kuo Kuang di Gelang Patah patut mendapat peruntukan sebanyak RM480 juta, atau RM213 juta untuk SRJK (C) Kuo Kuang 1 yang mempunyai 3,200 orang pelajar dan RM266 juta kepada SRJK (C) Kuo Kuang 2 yang mempunyai 4,000 orang pelajar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved