Ahad, 30 Mac 2014

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


39 Negara di Festival Layang-Layang Sedunia ke 19 <b>Di Pasir Gudang</b>

Posted: 09 Feb 2014 05:00 PM PST

Festival Layang-Layang Sedunia ke 19 yang bakal dilangsungkan mulai 19 hingga 23 Februari di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang, Johor telah disenaraikan sebagai acara tahunan berprestij melalui kerjasama Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Negeri Johor.

Ianya turut dijayakan dengan kerjasama di antara 3 pihak penganjur peringkat antarabangsa iaitu Pasir Gudang, Alor Setar dan Satun, Thailand.

Keunikan festival kali ini yang bertemakan Wind Garden, atau Laman Angin, layang-layang yang dihasilkan akan menggunakan bahan kitar semula dan akan dipamerkan di arena antarabangsa. Ianya tidak diterbangkan tetapi dibiarkan di atas padang dan dibiarkan ditiup angin secara semulajadi.

Seramai 900 orang peserta dari 39 buah negara bakal menyertai festival kali ini melibatkan penyertaan baru dari Turki, Denmark, Nepal dan Bhutan.

Antara syarikat-syarikat lain yang memberikan penajaan bagi festival kali ini termasuklah KFC Malaysia ,Johor Corporation, Felda Johor Buklers Sdn Bhd, Pantech Stainless & Alloy Industries Sdn Bhd, Southern Prospect Sdn Bhd dan PSB Decoration Sdn Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads