Rabu, 19 Mac 2014

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Durian Runtuh <b>Di Pengerang</b> | OB21NET

Posted: 12 Aug 2012 09:39 AM PDT


Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) adalah satu projek yang akan membawa masyarakat Pengerang ke Mata dunia, Pemilihan Pengerang sebagai hab industri minyak dan gas merupakan satu rahmat kepada Johor kerana pelaburan yang besar akan dicurahkan ke negeri itu.

Pembangunan Rapid akan membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang akan membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat, Walaupun terdapat suara suara sumbang yang seakan akan menolak pembangunan yang hendak dibuat oleh kerajaan dan tidak mahu berubah sebenarnya datang dari mereka mereka yang berkepentingan politik untuk melonjakkan nama mereka dan mengadaikan masa depan penduduk Pengerang.

Saperti mana Chua Jui Meng yang mengatakan projek ini sama dengan Lynas dan Pengerang akan menjadi satu kawasan radio aktif dan telah meracuni pemikiran penduduk untuk melakukan bantahan agar projek Rapid ini di batalkan.

Walaupun penduduk Parlimen Pengerang terdiri dari nelayan dan bekerja kampong mereka tidak dengan mudah mempercayai akan segala tomahan dan madu beracun Chua Jui Meng dan mereka menolak dengan mentah segala hasutan dari puak pembangkang, walaupun Ketua mereka sendiri telah turun untuk berkempen termasuk membawa orang dari luar saperti Taiwan untuk datang ke Pengerang bagi meracuni pemikiran orang kampong, tetapi tidak di indahkan juga.

"Deretan kapal yang menunggu giliran untuk masuk ke Pelabuhan Singapura"

Mengikut maklumat kebanyakan bantahan yang datang di buat oleh orang luar dari Pengerang dan bukan orang tempatan, kemungkinan juga ada campur tangan dari mereka yang mempunyai kepentingan dengan negara jiran.

Kita tahu negara jiran di Selat Teberau itu menjadi tumpuan kerana mereka menjual minyak dan gas sedangkan mereka bukan pengeluar minyak dan gas, dan dengan terbinanya Projek Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) maka mereka akan hilang sumber pendapatan.

"inilah akibatnya, jika Pembangunan Rapid dihalang, Pengerang akan di timbuni sampah sarap dari laut yang di lepaskan oleh kapal kapal yang berlabuh sementara menunggu untuk masuk ke perairan Singapura, Malaysia akan menjadi tempat buangan sampah sementara Singapura menjadi lokasi perdagangan yang mendapat hasil "

Mungkin ini yang menjadikan negara jiran tersebut kerimasan dan sedaya upaya menghalang akan pembangunan Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang ini bagi menjamin sumber pendapatan mereka tidak terjejas, sama juga isunya dengan pembinaan Jambatan Bengkok yang mana kerajaan mengalah satu ketika dahulu .

Memang pembangkang tidak mahu negara Malaysia menjadi maju dan rakyatnya memiliki pendapatan yang tinggi agar mereka mudah meracuni pemikiran orang kampong bila negara didalam kemunduran, ini sahaja jalan yang mereka ada demi untuk mencapai cita cita ke Putrajaya dan menawan Pengerang yang kini sudah siap sedia untuk menjadi bandar termoden berpendapatan tinggi di Johor.

Rapid yang melibatkan pelaburan RM60 bilion mempunyai kapasiti untuk menapis 300,000 tong minyak mentah import sehari dan akan menawarkan 4,000 peluang pekerjaan tetap.

Ini adalah merupakan satu durian runtuh apabila Pengerang di bangunkan sedemikan rupa, yang akan memberi dan menyediakan ruang kehidupan yang lebih baik dari hari ini, saperti pekerjaan dan penambahan kebaikkan sumber pendapatan bagi setiap penduduk tidak kira apa latar belakang dan anutan politik mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads