ads

Selasa, 11 Mac 2014

01 di permas jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di permas jaya - Google Blog Search


Melucukan..saya sering ditanya jumlah <b>parit</b>. | OB21NET

Posted: 01 Oct 2013 07:33 AM PDT

PLAYCARD-1Orangnya cantik, tubuhnya kecil molek dan wajahnya sentiasa dihiasi senyuman yang santun, tetapi di sebalik semua sifat itu, ialah seorang wanita yang berjiwa besar, bersemangat kental dan tinggi ilmu.

Begitu gambaran selayaknya yang boleh diberikan kepada Datuk Noraini Ahmad yang telah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Parit Sulong (P147).

Dilahirkan pada 7 November 1967 di Batu Pahat, Johor, anak sulong daripada enam beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Tengku Mariam dan menengah di Sekolah Menengah Perempuan Temenggong Ibrahim (TIGS) sebelum melanjutkan pelajaran di University of Saskatchewan, Saskatoon, Kanada dan mendapat ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam bidang kuantitif analisis dan kewangan.

Sekembalinya ke Malaysia, Noraini memperolehi sarjana pertadbiran perniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak (MBA) dan kini sedang mengambil Phd di Universiti Utara Malaysia (UUM) di mana dia dalam proses menyiapkan tesis bertajuk "Pembangunan perniagaan online di kalangan usahawan wanita di Malaysia.

"Saya memang suka belajar dan sentiasa berusaha mencari benda baharu. Sikap ingin tahu memang tebal dalam jiwa saya. Di Kanada, selepas dapat ijazah saya bekerja sebelum pulang ke Malaysia. Bila sudah berada di Malaysia pun saya bekerja sambil belajar," kata Noraini bila ditanya mengenai apa yang gemar dilakukannya.

Pembabitan Noraini dalam politik bermula selepas tamat sekolah menengah apabila dia bersetuju menjadi ahli biasa atas desakan keluarga. Kariernya dalam politik hanya bermula pada 2001 apabila dilantik sebagai setiausaha pergerakan Puteri UMNO sebelum menjadi Ketua Puteri pada 2004 sehingga 2009.

Pada 2008 Noraini bertanding di kawasan parlimen Parit Sulong dan setelah menang kerusi itu, dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia sehingga April 2009. Pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu dia diberi kepercayaan mempertahankan parlimen itu dan menang dengan majoriti besar.

"Saya tidak pernah terfikir nak jadi ahli politik walaupun bapa dan arwah mak aktif dalam bidang itu di peringkat bahagian. Bapa saya pernah menjadi setiausaha Pemuda dan mak pula Ahli Jawatankuasa.

"Saya sentiasa ikut mereka hadiri mesyuarat. Kadang-kadang saya menunggu di atas motor. Bila bapa sudah ada kereta, saya menunggu di dalam kereta. Bayangkan ketika itu kereta tidak ada penghawa dingin dan saya kepanasan," ceritanya.

Menurut Noraini pembabitannya dalam politik adalah atas desakan arwah ibunya yang menggalakkannya memohon jawatan pegawai penyelidik di parlimen atas cadangan Ahli Parlimen Parit Sulong ketika itu, Datuk Ruhanie Ahmad.

"Ketika itu Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC). Selepas menjalani temuramah saya dilantik menjadi pengurus kewangan dan pegawai penyelidik untuk BNBBC selama dua tahun," katanya.

Noraini berkata selepas itu dia menjadi pengurus beberapa syarikat pasaran saham selama enam tahun. Namun pada masa yang sama bekerja secara sambilan membuat penyelidikan untuk beberapa Ahli parlimen.

"Bekerja dalam pasaran saham agak stress, tambahan apabila saya sudah berkeluarga dan saya berubah angin menyertai Bernas sebagai Pengurus Besar. Ketika itulah Datuk Jamaluddin Jarjis meminta saya membantu menganjurkan program untuk BNBBC.

"Pada masa yang sama, Puteri di peringkat jawatankuasa penaja. Memandangkan usia saya sudah hampir 35 tahun saya bersetuju untuk membantu selama setahun. Tetapi selepas itu saya dilantik menjadi Naib Ketua dan kemudian menjadi Ketua menggantikan Datuk Seri Azalina Othman.

Noraini yang akan memulakan tugasnya sebagai Pengerusi Matrade pada 1 Oktober 2013, juga akan bertanding sebagai Exco Wanita dalam Pemilihan UMNO akan datang.

Menceritakan mengenai parlimennya, Noraini berkata Parit Sulong unik kerana ia merangkumi kawasan bandar dan luar bandar. Parit Sulong berkongsi sempadan dengan Parlimen Batu Pahat dan Parlimen Sri Gading. Dua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di bawah parlimen ini ialah Semerah dan Seri Medan.

"Persempadanan kawasan parlimen ketiga-tiganya boleh mengelirukan. Pasar Batu Pahat, separuh daripada termasuk dalam parlimen saya dan separuh lagi di parlimen Batu Pahat. Begitu juga sebahagian bandar Batu Pahat termasuk dalam parlimen saya," katanya.

Apa yang melucukan soalan yang sering diajukan kepada Noraini oleh orang luar ialah berapa banyak parit terdapat di Parit Sulong dan Batu Pahat. Naik jenuh dia menjawabnya.

"Memang betul, terlalu banyak. Belok sini, parit ini, belok sana parit itu. Hah, jumlahnya tak terkira," katanya sambil ketawa.

Menurut Noraini, sejak menjadi Ahli Parlimen Parit Sulong, dia telah berusaha bersungguh-sungguh membangunkan Industri Kecil Sederhana (IKS).

"Saya tengok ramai penduduk di parlimen ini aktif membuat kuih di rumah dan menjualnya secara kecil-kecilan. Lantas saya usahakan pusat pengumpulan ekonomi terutama dalam bidang IKS seperti mengkomersilkan kuih muih dan kerepek yang bermula dari rumah.

"Contoh kejayaan terbaik ialah di Parit Laman dan Parit Mustapha. Sementara di Semerah pula kita mempunyai seorang jurutera adik beradik yang berhenti kerja untuk membuat perniagaan tempe menggunakan mesin yang direka oleh mereka sendiri. Mereka mendapat bimbingan daripada MARDI dan FAMA di segi pemasaran.

"Di Semerah juga terdapat ramai golongan muda kerja kilang atau bekerja sendiri di mana pendapatan mereka tidak banyak. Saya dapati mereka mempunyai kemahiran dan menggalakkan golongan itu membuka perniagaan kecil.

"Saya bekerjasama dengan mereka untuk mendapatkan bantuan Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk membuat label. Di Semerah juga terdapat kegiatan penanaman nenas yang hasilnya dieksport ke Singapura.

Noraini berkata Parit Sulong juga mempunyai banyak kebun kelapa sawit. Terdapat tiga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di sana yang membantu pekebun-pekebun kelapa sawit itu di segi pengeluaran hasil.

Menurut Noraini, satu-satunya isu yang dihadapi oleh parlimen Parit Sulong ialah pemindahan peniaga-peniaga pasar Awam di Batu Pahat.

"Sejak dua tahun lalu saya telah mendapatkan peruntukan untuk membaikpulih pasar awam Batu Pahat tetapi sampai sekarang peniaga-peniaga enggan berpindah sehingga kes ini dibawa ke mahkamah.

"Pasar itu sudah usang. Peniaga perlu berpindah supaya kami dapat menjalankan kerja-kerja membaik pulih. Perkara ini baik untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada peniaga. Tanah itu kepunyaan kerajaan, bukan milik peniaga.

"Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh sehingga majlis bersetuju menurunkan kadar sewa untuk menggalakkan peniaga berpindah, tetapi mereka tetap enggan. Minggu lalu Exco ada turun beri taklimat. Saya harap masalah ini tidak berlarutan.

"Satu lagi masalah yang bakal diselesaikan ialah banjir, terutama di Seri Medan. Apabila berlaku banjir, air lambat surut. Ia bertakung berhari-hari. Tetapi sejak majlis menjalankan kerja-kerja mengepam air dan membesarkan parit, keadaan semakin baik," katanya.

-bnbbc-news

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved