Jumaat, 14 Mac 2014

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Gambar Usaha Mencari 5 Remaja Lelaki Yang Lemas <b>Di Segamat</b> <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2014 10:17 PM PST

SEGAMAT: Usaha mencari lima remaja lelaki yang lemas di Sungai Muar berhampiran Pekan Buloh Kasap di sini pada Jumaat, memasuki hari kedua, Sabtu.

Ketua pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Aizat Mamat berkata mereka meneruskan usaha itu di beberapa lokasi sungai itu bagi mencari Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izuan Hakimi, 16, dan Mohd Nazreen Zainal, 14.

"Setakat ini tiada perkembangan baharu. Jumlah mangsa yang ditemui setakat ini tiga orang," katanya kepada Bernama Sabtu.

Mereka adalah antara lapan remaja yang hilang setelah lemas di Sungai Buloh Kasap kira-kira 9.30 pagi Jumaat.

Petang Jumaat, anggota penyelamat menemui mayat Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15.

Kesemua mereka tinggal d Taman Mewah, Buloh Kasap dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap. - BERNAMA & mStar online

Punca lemas di SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads