ads

Rabu, 2 April 2014

01 di bekok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di bekok - Google Blog Search


Helikopter PUTD cuba dibawa keluar dari Empangan <b>Bekok</b> <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2014 08:24 AM PST

JOHOR BAHARU: Helikopter Agusta A-109 LUH milik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang rosak teruk ketika membuat pendaratan cemas di Empangan Bekok pada malam Khamis lepas akan cuba dibawa keluar hari ini (semalam), menurut sumber ketenteraan hari ini (semalam).

Katanya, usaha membawa keluar helikopter peninjau buatan konglomerat pertahanan Eropah itu dipercayai bermula sejak kelmarin melibatkan beberapa aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kuantan, Pahang dan Gemas, Negeri Sembilan.

"Helikopter yang rosak teruk itu akan cuba dibawa keluar daripada lokasi pendaratan cemasnya hari ini, sebelum dibawa ke pangkalan PUTD di Kem Mahkota, Kluang," kata sumber itu kepada Bernama, semalam.

Katanya, usaha membawa keluar itu helikopter itu akan dibantu kenderaan perisai 'Armoured Recovery Vehicle' (ARV) sama ada jenis 'Adnan' atau 'Pendekar' dan kenderaan 'load loader' dari kem tentera di Gemas dan Kuantan.

Menurut sumber itu lagi, kenderaan perisai ARV milik tentera itu terpaksa digunakan untuk operasi membawa keluar helikopter terbabit berikutan keadaan bentuk muka bumi lokasi kejadian yang mencabar.

Pada malam Khamis lepas, helikopter Agusta A-109 PUTD yang sedang dalam penerbangan latihan malam terpaksa membuat pendaratan cemas di sebuah lokasi berhutan berhampiran Empangan Bekok.

Juruterbang dan tiga penumpang helikopter terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

Kesan daripada impak pendaratan cemas itu, helikopter terbabit mengalami kerosakan teruk dengan bahagian ekor serta bilah kipasnya terputus dua, manakala komponen tayar untuk pendaratan juga mengalami kerosakan.

Bernama difahamkan seorang daripada penumpang helikopter itu merupakan pegawai tentera asing berpangkat Leftenan Kolonel, manakala tiga lain adalahpegawai tentera tempatan iaitu dua Mejar dan seorang Kapten.

PUTD, yang merupakan cabang Tentera Darat memiliki 11 buah helikopter peninjau ringan Agusta A-109 LUH yang berpangkalan di Kem Mahkota, Kluang. —Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved