ads

Selasa, 22 April 2014

01 di benut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di benut - Google Blog Search


Mayat Wanita Ditemui <b>Di</b> Tebing Sungai <b>Benut</b> - Siakap Keli

Posted: 21 Mar 2014 09:58 PM PDT


PONTIAN – Mayat seorang wanita berusia 34 tahun yang dilaporkan hilang sejak tengah malam kelmarin ditemui terdampar di Sungai Benut.
Mayat Noraini@Noni Mohammad ditemui penduduk kampung yang turut sama menyertai gerakan mencari mangsa kira-kira jam 8 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zaliman Jamin berkata, ibu saudara mangsa telah membuat laporan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin sebaik menyedari kehilangan anak saudaranya itu.
"Sejurus itu, gerakan mencari mangsa dilakukan anggota Balai Polis Benut bersama penduduk kampung. Penduduk mencari mangsa di sekitar Sungai Benut dan menemui mayatnya yang sedang terapung.
"Sebaik menemui mayat mangsa, abangnya terus membuat laporan polis mengenai penemuan tersebut," katanya.
Jelasnya, lokasi mayat ditemui kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa di Benut.
"Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai yang terletak di belakang rumahnya. Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat," katanya. – Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved