ads

Jumaat, 11 April 2014

01 di desaru - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di desaru - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di desaru</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2014 01:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di desaru</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2014 01:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Wawa&#39;z Donut: Cuti-cuti <b>di</b> Hotel <b>Desaru</b> Beach Resort~

Posted: 04 Feb 2014 04:15 PM PST

Okey sebelum aku membebel, entry ni punyalah susah nak buat sebab 2 kali tedelete. Adoiiii! Untuk yang ketiga, aku terus pakai laptop. Sakit hati aku guna ipad. Salah tekan, hilang semua. Ayam!

********************************************

Dua minggu lepas, kitorang bercuti ke Johor.
Plan asal, nak pergi kenduri kawen kawan daddy kat Johor. Alang-alang tu daddy ajak bercuti sebab dah lama sangat kitorang tak cuti-cuti Malaysia. Yehaaa! Dan macam biasa, daddy serahkan bulat-bulat kat aku nak pergi mana. Tak pikir panjang terus aku sebut LOTUS DESARU BEACH RESORT! Haaaa, amek. Baru ngidam nak gi sini, tetibe dapat offer bercuti harus lah sebut laju-laju. :D
Seminggu sebelum tu, tetibe aku terfikir nak bawak family aku bercuti sekali. Mak ayah aku pun dah lama sangat tak bercuti. Dulu masa kecik-kecik, bapak aku rajin bawak kitorang berjalan. Ni aku dah besar, dah bekerja, apa salahnya keluarkan duit siket untuk bawak dorang berjalan pulak kan.
Bila bawak family sekali, kitorang amek hotel yang ada dua bilik. Details hotel semua nanti aku share kat ujung-ujung entry nanti. Ngeeee.
Sampai je Desaru yang mak aiii punya lah jauh, kitorang lepak-lepak jap melepaskan lelah. Penat oiiii. Keluar kat Tol Skudai pastu nak ke Desaru pulak, pfffttt, dekat sejam. Kematu montot gue. Dah la dari Bangi ke Skudai pun 3 jam lebih. Penat tido-tido ayam. Bangun bukak mata, atas highway lagi. Nasib la adik-adik aku ada melayan Naila.
Pukul 4.30 petang baru tekedek-kedek ke water park. Jenuh ngajak mak bapak aku turun sekali. Asalnye dorang nak rehat je. Sampai bawah paling excited, mak aku. Bapak aku pulak siap tegur mak aku, "Haaa nak main benda-benda ni turunkan umur dulu." Boleh mak aku jawab, "Kalau gitu jadi 15 tahun la." Deng! Hahahaha. Dan mak aku nampak je gelongsor air terus cakap, "Eh mak nak main jugak la." Lama tak nampak mak aku happy cenggitu. :'D
Aku sebenar taknak main sebab takut bahayakan adik baby. Dah la pernah gugur sebelum ni. Jadi kekonon aku nak jadi tukang amek gambo je. Tapi bila tengok adik-adik aku, mak aku punya lah happy, aku pun. Hoiiii, takleh jadi ni. "Adik baby kuat tau! Dulu masa mama ngandung Kakak Naila relax je naik boat, naik gajah, naik semua benda-benda lasak. Jadi adik baby kena kuat macam Kakak Naila." Fuhhh! Dan aku pun join la dorang jugak main. Kuikuikui.

6.15 petang, naik atas siap-siap untuk dinner! Untuk dinner, hotel tak sediakan ye. Kalau nak jugak makan kat hotel boleh la tapi aku cakap dengan family nak makan kat Restoran Terapung. 15 minit jugak perjalanan dari hotel. Untuk dinner, adik aku belanja pulak. Muahahaha. Jadi mari lah kita ketuk dia kaw-kaw. Hehehe. Tapi sebelum tu aku dah cakap dengan adik, makan malam dalam RM1++. Jadi dia pun dah standby mental awal-awal jugak. Kehkehkeh.
Restoran Terapung bagi aku dan family best. Tapi kalau ada budak kecik tu hati-hati la ye. Kang sedar-sedar dah berenang anak-anak korang. Sebaek la masa tu Naila tengah moody sebab mengantuk. Jadi dia duk diam je atas kerusi sambil makan udang. Untuk makanan ni dorang ada pakej. Kitorang amek pakej untuk 5 orang makan. Lauk tomyam, ikan siakap masak apa ntah, udang butter, sayur kailan, sotong goreng, jus apple. Pakej tu cukup-cukup untuk 7 orang makan. Tekak aku dengan family kata BEST! Service pun pantas! Takde lama sangat nak tunggu. Haaaa lagi satu, kalau dorang serve otak-otak, korang amek sekeping je pun, akan di caj satu bekas. Kalau pergi ramai-ramai macam kitorang hari tu okey la boleh habiskan otak-otak tu. Cer pergi bertiga je, mampos nak habiskan sebekas tu. Hehehe.
Dah kenyang kitorang gerak balik ke hotel. Naila memang dah penat sangat sebab sehari suntuk tak tido. Tapi-tapi-tapi! Mak bapak aku je naik bilik. Aku dengan adik-adik aku semua nak lepak bawah dulu. Kawasan tu besar weh. Memalam meriah. Ada game yang hotel tu sediakan kalau nak main. Tapi kitorang tak main, tengok aje. Kiranye kalau nak lepak memalam takde la boring kat sana. Tapi-tapi-tapi! Sila lah bawak sweater sebab kat bawah angin malam sejuk sangat! Aku kat bawah pun tak lama sebab Naila duk merengek sejuk-sejuk.
Esok pagi. Kitorang breakfast berlima je. Aku, Daddy, Naila, Mak, Abah. Yang lain semua nak melingkar lagi atas katil. Haaa okey gak tu kalau dorang turun kena tambah duit untuk breakfast. Makanan kat situ? Errrr. Boleh la nak masuk tekak. Lepas breakfast, aku dengan Daddy jalan-jalan tepi pantai ala-ala pasangan couple yang romantik gitew. Tapi sebab matahari tengah naik, aku pun takde la nak melepak lama sangat kat tepi pantai. Terus cari bapak aku. Naila lepas sarap nak mengendeng dengan atok dia. Dapat la pow cekelat. Sebelum balik, bapak aku ajak daddy Naila main ping pong dulu nak panas-panaskan badan. Lama tak bersenam kononnya. Hihihi. Balik je bilik, adik-adik aku dah menunggu untuk mandi water park!! Wehuuuu!

Dekat-dekat pukul 12 tengah hari, kitorang pun siap-siap untuk check-out.  Sebelum check-out, kitorang amek gambo banyak-banyak sebagai kenangan. Hoiiii berjam-jam atas jalan nak sampai ke sini, takkan la nak blah gitu je. 
Perjalanan dari Desaru ke JB amek masa dekat sejam jugak. Tol dalam errrr tak ingat. Bawah RM10, dekat-dekat RM10. Sebelum cari makan kitorang singgah ke Danga Bay. Orang Bangi datang Danga Bay jadi ada perasaan batak disitu sebab tak pernah sampai. Wakakaka. Nama macam gempak ala-ala tempat korea kan. Sekali sampai, eh cenggini je Danga Bay nye? Muahaha. Daddy cakap memalam baru tempat tu meriah. Ooooo! Puas begambar kat Danga Bay, perut pun dah bekeroncong, marilah mencari makan. Tempat yang dituju Taman-U, makanan yang dicari errrrr semua pakat-pakat nak makan nasi beriani. Dan lagi sekali adik aku yang belanja. 
Okey sekian untuk percutian ke Desaru Johor. Ni kat bawah semua detail perbelanjaan kat sana. Errr takde la detail mana pun.

***************************************

Hotel Desaru 2 bilik (2hari 1 malam) - RM450 (Deposit RM100 masa check-in eh. Pastu jangan hilangkan segala mak nenek kad-kad yang dorang bagi kalau nak dapat balik RM100 tu). Pakej termasuk sarapan untuk 4 orang, tiket masuk water park 4 orang, budak umur 4 tahun ke bawah FREE. Kalau nak tambah tiket water park, sekepala RM5.
Banyak aktiviti lain boleh buat kat sini kalau korang cuti lama siket. Tapi semua aktiviti tu kena bayar. Kitorang memang tak sempat langsung la nak buat aktiviti tu semua. 2 hari 1 malam je kan.
Makan pulak kat Restoran Terapung. Kitorang amek pakej 5 untuk 7 orang makan. Harga RM161. Untuk otak-otak sebekas RM15.

Sekian^^

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved