Khamis, 17 April 2014

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


Senai – <b>Desaru</b> Highway : Bila lagi hendak dilebarkan? | Channel 20

Posted: 04 Apr 2014 10:04 PM PDT


Lebuhraya Senai-Desaru, lebuhraya yang mula dibuka sejak 2009 ini semakin tidak 'best' untuk digunakan oleh saya dan beberapa rakan saya yang kerap menggunakan laluan ini untuk ke Bandar Penawar, Desaru atau pun jika nak ke Pengerang. Yang menjadi tidak bestnya dan jika anda pernah melalui lebuhraya ini, anda akan tertanya-tanya kenapa lebuhraya ini hanya ada satu lane sahaja selepas melepasi jambatan tang merentangi Sungai Johor.


Perkara ini pernah dibangkitkan kepada wakil rakyat yang berkenaan dan juga konsesi yang bertanggungjawab mengurus Lebuhraya SDE ini (juga dikenali dengan E22), dan juga bertanya kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia, kenapa ketika dibina, hanya satu sahaja laluan yang ada, tidak seperti lebuhraya yang lain. Tetapi bagi kami, mereka tidak dapat menjawab secara ikhlas mengapa SDE tidak mempunyai 2 laluan ( ada lorong untuk memotong).

Menurut maklumat yang saya perolehi, di antara sebab kenapa SDE tidak dapat dibina dengan 2 laluan ( selepas jambatan dan seterusnya sehingga ke Plaza Tol Penawar) ialah kerana kedaan bentuk muka bumi yang beralun di kawasa sekitar, menyebabkan hanya satu sahaja laluan yang dibenarkan dibina oleh pihak yang bertanggungjawab menyelia pembinaan SDE ketika itu. Jika anda perhatikan dan kerap melalui SDE ini, memang benar kawasan muka bumi di sekeliling agak berbukit dan ada juga ladang kepala sawit di kiri dan kanan SDE ini.


 Lebuhraya ini juga tidak mungkin akan dapat dilebarkan dalam masa terdekat ini kerana kononnya berlaku salah perancangan selepas pembinaan jambatan. Budget tidak mencukupi untuk membayar sejumlah pampasan kepada pemilik tanah di sekeliling lebuhraya tadi. Ditambah lagi dengan jadual pembinaan yang kerap tergendala dan asyik 'delay' sahaja, menyebabkan sesetengah kawasan pembinaan menjadi tidak berkualiti kerana gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Dengar ceritanya, kontraktor yang dipertanggungjawabkan sebelum ini lari, menyebabkan kerajaan terpaksa melantik konsesi yang baru.

Jika anda yang kerap melalui lebuhraya ini, rasanya macam tidak berbaloi membayar tol tetapi jalannya tidak rata di sesetengah tempat. Kenderaan berat seperti lori dan trailer pun kerap memasuki lebuhraya ini menyebabkan kesukaran untuk memotong jika ada banyak kenderaan di lorong sebelah. Jalan pun akan cepat rosak jika lori kerap melalui lebuhraya SDE. Anda akan bersetuju dengan saya yang membayar tol sebanyak RM5.90 (jika anda dari Plaza Tol Cahaya Baru) adalah tidak berbaloi dengan jalannya yang agak kurang memuaskan. Saya berpendapat yang pihak LLM dan pihak berkuasa yang berkaitan perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah jalan rosak di SDE ini, jika tidak akan ramai orang mempertikaikan cara SDE ini diurus dan diselenggara. Jambatan sikit punya gah, tapi lepas tu….?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads