ads

Ahad, 13 April 2014

01 di johor bahru - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di johor bahru - Google Blog Search


10 foto: restoran jamban <b>di johor bahru</b>, jijik atau <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 10 Apr 2014 06:02 PM PDT

Entah di mana silapnya apabila sebuah restoran berkonsepkan tandas atau jamban yang mengundang rasa jijik dalam kalangan masyarakat tempatan dibenarkan beroperasi di tingkat enam pasar raya Johor Bahru City Mall. Masakan tidak, pengunjung pastinya berasa geli apabila disajikan hidangan menggunakan bekas makanan menyerupai peralatan tandas seperti jamban dan tindakan pihak restoran itu dianggap suatu budaya kotor.

Pun begitu, pihak Restoran T Bowl yang memperkenalkan restoran berkonsepkan tandas itu menafikan mereka mempromosi-kan budaya pelik dan kotor dalam kalangan masyarakat tempatan. Pengurusnya, John Chai Wen Joan, 23, menegaskan, restoran itu tetap menghormati budaya dan kebersihan di negara ini dan pihaknya sekadar mengetengah suatu konsep idea baharu. "Memang benar konsep ini seperti kamu lihat di Jepun atau Taiwan, namun suasana di restoran kami tidak sama."

Bagaimanapun, menerusi sebaran di media sosial, ramai juga yang membantah kewujudan restoran berkenaan. Apatah lagi restoran itu dikatakan milik warga Singapura. Dia yang pada mulanya mahu membuka kedai berkenaan di Singapura namun permohonannya ditolak. Tetapi dia berjaya mendapatkan lesen di Johor Bharu. Untuk makluman, status kedai ini juga didapati TIDAK HALAL dan hanya untuk bukan Islam.

Info yang ammboi semak menerusi laman web milik restoran ini, mereka bukan sahaja ada cawangan di JB, malah turut memiliki cawangan di Penang – Queensbay Mall (First Outlet), Kuala Lumpur – Sungai Wang Plaza, Sunway Pyramid dan Melaka Raya.

Berikut antara beberapa foto restoran berkenaan:

toilet concept toilet concept restoran t bowl restaurant malaysia t bowl restaurant jb restoran tandas di johor bahru restoran mangkuk jamban restoran jijik di jb restoran jijik tandas restoran jamban di jb

Sumber gambar: Laman web Restoran T Bowl dan beberapa sumber internet lain.

Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved