ads

Ahad, 20 April 2014

01 di johor bahru - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di johor bahru - Google Blog Search


lebih 900 penduduk <b>di johor bahru</b> melakukan <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 05 Apr 2014 05:55 PM PDT

JOHOR BAHRU – Keluhan, rungutan dan kekecewaan sukar digambarkan lebih 900 penduduk yang telah membeli rumah flat Taman Mount Austin, di sini selepas projek dijanjikan siap pada 2008 sehingga kini masih terbengkalai.

Pengerusi Pembeli Rumah Flat Taman Mount Austin, Suhaimi Mat Isa, 37, berkata, daripada 10 blok yang mempunyai 911 unit, hanya sebuah blok sahaja berjaya disiapkan pemaju tahun lalu.

Bagaimanapun menurutnya, kediaman yang mula didiami seramai 126 keluarga itu berdepan masalah apabila bukan sahaja tidak dilengkapkan dengan kemudahan asas, malah rumah di tingkat paling atas mengalami kebocoran dan paling bawah berdepan sistem saliran tersumbat.

"Kami duduk dalam keadaan terbengkalai kerana longkang tidak diselenggara dengan baik dan urusan sampah-sarap tidak diuruskan sehingga kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri membakar sampah secara bergilir-gilir.

"Mereka siapkan projek dalam keadaan kelam-kabut sehingga ada antara kami yang berdepan masalah bumbung bocor di tingkat paling atas dan masalah sistem saliran yang tersumbat di tingkat paling bawah," katanya kepada pemberita, semalam.

Pembeli sudah bosan

Penyelia, Anuar Othman, 46, berkata, pembeli sudah bosan dan tidak tahu hendak mengadu dengan siapa lagi supaya projek perumahan itu dapat disiapkan segera kerana masing-masing terpaksa menanggung beban hutang bank dan bayaran rumah sewa.

Menurutnya, selepas beberapa perbincangan diadakan bersama pemaju sebelum ini, mereka memberi alasan berdepan masalah dana yang tidak mencukupi, tetapi masih mahu meneruskan projek itu.

"Mereka (pemaju) seolah-olah menggantung kami seperti tidak bertali, sedangkan setiap bulan sejak 2002 kami terpaksa menanggung beban bayaran dengan pihak bank dan bayaran rumah sewa.

"Kami merayu kerajaan tolonglah ambil tindakan segera kerana kami sudah buntu dan tidak tahu hendak mengadu dengan siapa lagi, sedangkan secara terang-terangan mereka telah menipu kami dengan pelbagai janji," katanya.

Pembantu Kemas, Siti Zaharah Mustafa berkata, hasrat untuk memiliki rumah sendiri masih belum tercapai, sedangkan segala bayaran telah dilakukan sejak membeli rumah berkenaan pada 2004.

Menurutnya, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, mereka sekeluarga dalam keadaan tersepit kerana perlu memperuntukkan lebih RM700 untuk kos kediaman termasuk bayaran rumah yang dibeli.

"Sedih dan kecewa sehingga tak dapat digambarkan kerana hasrat untuk memiliki dan mendiami rumah sendiri masih kabur, sedangkan setiap bulan kami terpaksa menanggung bayaran bank dan sewa rumah.

"Masa mula-mula nak beli dulu, macam-macam mereka janjikan dan kami memang tak menyangka boleh jadi sampai macam ni.

"Kami merayu dan berharap pihak bertanggungjawab dapat memainkan peranan dalam hal ini kerana kami dah tak tahu nak buat apa lagi. Kasihanilah kami dan bantulah kami," katanya.

Kontraktor beri jaminan projek akan siap

Dalam pada itu, wakil kontraktor yang dikenali sebagai Errick ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menyiapkan projek itu walaupun bergerak secara perlahan.

"Saya tak mahu komen banyak, cuma saya boleh bagitahu projek tetap akan disiapkan. Apa-apa hal boleh berhubung dengan bos," katanya.

Bagaimanapun apabila diminta nombor 'bos' untuk dihubungi, dia memberi alasan tiada dalam simpanan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tebrau, Datuk Khoo Soo Seang berkata, pihaknya sebelum ini telah memanjangkan perkara itu kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengisytiharkan projek perumahan terbengkalai bagi menggantikan pemaju baharu.

"Sebelum saya menjadi Ahli Parlimen saya sudah memanjangkan perkara itu kepada pihak kementerian, tetapi pemaju ketika itu tidak bersetuju dan masih mahu meneruskan projek itu apabila tindakan menggantikan pemaju baharu ingin dibuat," katanya.

Katanya, tindakan terbaharu, beliau ada menyuarakan secara lisan kepada Timbalan Menteri  Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique, selain bakal menyusul dengan surat rasmi kepada menteri terlibat.

"Saya akan segerakan membawa perkara ini kepada menteri bertanggungjawab supaya mencari jalan untuk menyelamatkan projek ini dan memenuhi hasrat pembeli memiliki rumah sendiri selaras dengan bayaran yang telah dibuat," katanya.

DIMANA UMNO KUAT DI SITU RAKYAT AKAN DI LAYAN MACAM WARGA BANGSAT .. BN MENANG RAKYAT SENANG DI PERBODOHKAN.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved