Selasa, 1 April 2014

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


3 Gajah Liar <b>Di Kota Tinggi</b> Berjaya Dipindahkan | Suara Anak <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2014 02:26 PM PDT

3 Gajah Liar Di Kota Tinggi Berjaya Dipindahkan

JOHOR BAHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berjaya memindahkan tiga gajah liar di Mawai, dekat Kota Tinggi ke Taman Negara Endau-Rompin, Khamis.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata proses pemindahan dengan kerjasama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, itu dikendalikan menggunakan dua ekor gajah denak dari pusat berkenaan.

"Ketiga-tiga gajah terbabit ditangkap Ahad lepas hasil pemantauan dan operasi berterusan oleh Jabatan Perhilitan sejak tiga minggu lepas. Penangkapan itu sudah tentunya meredakan kegelisahan penduduk sekitar yang mengusahakan ladang atau kebun," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ayub berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil berat rintihan rakyat khususnya masalah konflik gangguan gajah yang ditimbulkan sejak bertahun lalu.

Beliau berkata sehubungan itu, Jabatan Perhilitan sudah membina pagar elektrik sepanjang 18 kilometer bermula dari Hutan Lipur Panti sehingga ke Sungai Dohol, di Kota Tinggi yang sudah beroperasi sepenuhnya sejak Januari lepas.

Pihaknya juga ada mencadangkan satu santuari gajah diwujudkan di negeri ini bagi menempatkan gajah-gajah liar dan perkara itu sedang dimajukan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk direalisasikan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Johor Hasnan Yusop berkata ketiga-tiga gajah yang ditangkap tersebut merupakan seekor jantan dan dua betina.

Hasnan berkata kesemua gajah itu bergerak secara berkumpulan dan berada di luar kawasan Hutan Simpan Panti yang dipasang pagar elektrik semasa tangkapan dijalankan. - BERNAMA

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada March 28, 2014 - 5:26 am oleh Shazuein Azmaini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads