01 di kota tinggi - Google Blog Search |
Kemalangan Maut <b>di</b> KM 3 Jalan <b>Kota Tinggi</b> | Johor Times Posted: 11 Mar 2014 01:00 AM PDT Like : Johor Times al fatihah buat allahyarham Irwan Abdullah, 55 KOTA TINGGI 11 Mac.- Seorang pengawal keselamatan ladang maut selepas motosikal jenis Honda C100 ditunggangnya berlanggar dengan kereta jenis Hyundai Matrix berhampiran simpang masuk Taman Kota dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang di Kilometer 3, Jalan Kota Tinggi – Kluang itu, mangsa, Irwan Abdullah, 55, yang dalam perjalanan pulang dari kerja, mati di tempat kejadian akibat cedera dalaman. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Suprintendan Rahmat Othman berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah bandar Kota Tinggi telah masuk ke laluan bertentangan semasa melalui selekoh sebelum bertembung kereta yang datang dari arah Kluang. "Mangsa yang tercampak sejauh beberapa meter mengalami kecederaan dalaman mati di tempat kejadian, sementara pemandu kereta berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk dikebumikan di perkuburan Islam Kampung Makam di sini, pagi ini. "Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkuta Jalan 1987," katanya. |
You are subscribed to email updates from di kota tinggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan