ads

Sabtu, 19 April 2014

01 di kukup - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di kukup - Google Blog Search


Gegaran <b>di Kukup</b> Laut Pontian akibat pergerakan bawah tanah <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2014 03:11 AM PST

- Thursday: 2014-01-09 19:11:29'.

gempa-kukup-laut-pontian-1 gempa-kukup-laut-pontian-2 gempa-kukup-laut-pontian-3

Kejadian dua gegaran yang berlaku di kawasan premis perniagaan di Kukup Laut Pontian, Johor, pada kira-kira jam 8.40 pagi Khamis dipercayai berpunca daripada struktur pergerakan tanah yang tidak stabil di kawasan berkenaan

Ini sekali gus menolak dakwaan khabar angin yang tersebar di laman sosial yang mengatakan kejadian gegaran tersebut berkaitan dengan fenomena gempa bumi

Mengulas lanjut tentang kejadian berkenaan, impak gegaran itu turut menyebabkan kerosakan kepada  empat daripada 16 rumah kedai tiga tingkat di situ rosak

Kerosakan ketara dapat dilihat pada tiang penyokong bangunan berkenaan apabila hampir patah berikutan dua gegaran yang berlaku itu

Kejadian itu dilaporkan berlaku,  ketika orang ramai sedang bersarapan selain berurusan di lokasi berkenaan dan sempat menyelamatkan diri

Malah tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

—————-

Bangunan Retak Di Kukup Laut Pontian Disangka Gempa Bumi

Kira-kira 40 pelanggan sebuah restoran dan penghuni sebuah rumah tumpangan bertempiaran lari apabila secara tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat yang turut menggegarkan sebahagian Terminal Bas Kukup, Pontian, Johor.

Dentuman yang disangka gempa bumi itu dipercayai berpunca daripada struktur bangunan tiga tingkat yang terletak berhampiran tiba-tiba retak.

Tiada Kejadian Gempa Berlaku Di Kawasan Pontian

Sementara itu, Jabatan Meteorologi ketika dihubungi mengesahkan tiada kejadian gempa berlaku di kawasan Pontian.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved