Khamis, 10 April 2014

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Mee bandung <b>muar</b> sedap <b>di</b> shah alam | ROJAK SOMTAM

Posted: 26 Mar 2014 08:06 AM PDT




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung semua. Untuk entri kali ini saya tulis khas untuk warga shah alam dan johor. Kenapa? Sebab kali ini saya nak bawa semua merasa mee bandung muar yang sedap di shah alam. Kedai yang paling saya syorkan untuk makan mee bandung di shah alam  ialah restoran mak ngah selera johor corner. Bagi saya mee bandung di kedai ini sangat berbaloi untuk di cuba sebab harganya sangat sangat murah bila dilihat dari kuantiti mee dan bahan perasa yang digunakan. Dua mangkuk mee bandung, nesscafe ais dan milo ais baru RM 16.00 sahaja. Selain itu, kuah yang digunakan memang kuat berbau udang dan cukup pekat ( serius saya makan sampai licin kuah. Hahaha). Antara bahan-bahan yang ada di dalam mee bandung kat sini, telur rebus ( bukan jenis macam kenduri ea) hirisan daging, tauhu. Memang berbaloi untuk mecuba. Untuk ke kedai ini tidaklah susah. Landmark untuk ke kedai ini anda boleh jadikan shopping complex space U8 sebagai panduan. Jika dari space U8, anda cari pula balai bomba dan penyelamat. Di tepi balai bomba tu ada satu lorong, anda lalu disitu . sampai simpang ke dua belok ke kiri dan boleh nampak kedai mee bandung muooo ini. Kedai ini corner lot ea. Kalau susah sangat meh lihat peta kat sini ea. Ek ek ek ( ala ala orang johor jap. )
sila klik gambar untuk lebih jelas.

Cakap banyak pun tak boleh kalau tak tunjuk bukti kan? Jom lihat2 dulu kepekatan kuah mee bandung muar ni.


Mee bandung muoooo yang mesti mouuuuu.. hohohoho.

Ni la restoran mak ngah selera johor corner, kalau parking tak perlu bimbang sangat. Boleh parking tepi – tepi jalan. 
untuk info tambahan, restoran ini dibuka  dari pagi ( sarapan ) sehingga 11.30 malam dan mee bandung sentiasa ada dari buka kedai sehingga tutup kedai. kalau nak sarapan mee bandung bolehlah kesini.
Kebiasaanya pada hari minggu akan ramai pengunjung, tapi servis tak lambat. Kalau lambat pun, boleh layan wifi percuma. Guna unifi tu. Hehehe. selain tu boleh layan bola kalau ada game. sebab ada skrin besar.
Selain menjual mee bandung, kedai ini juga menjual masakan goreng goreng seperti biasa start pukul 3 petang. Tidak  lupa juga kedai ini meyediakan juga hidangan tengahari. Sebelum terlupa, kedai ini pun famous dengan mee rebus juga. Tapi tak sempat merasa sebab saya datang pun sudah nak tutup kedai. Hahaha. Next time pergi nak rasa mee rebus pulak. 

p/s : kalau dah ke shah alam, jom merasa ais kacang special dan relax2 di snow walk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads