01 di pasir gudang - Google Blog Search |
Lawatan ke Kediaman Pelapor Isu Tarhim & Azan Kuat <b>Di Pasir</b> <b>...</b> Posted: 13 Apr 2014 01:10 PM PDT Heboh satu Malaysia dalam minggu ini apabila seorang pakcik berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Mohd Said membuat laporan polis berkenaan bacaan tarhim dan azan yang dikatakan terlalu kuat hingga mengganggu tidurnya. Isu ini menerima maklumbalas yang pelbagai dari masyarakat Malaysia. Ada yang menyifatkan ianya sungguh memalukan kerana laporan tersebut agak luar biasa kerana dilaporkan oleh seorang lelaki yang beragama Islam sendiri dan bukannya datang dari penganut agama lain yang dikategorikan bukanlah luar biasa. Berikut adalah laporan polis yang dibuat. Laporan ini ada dipaparkan di laman Facebook kami dan menerima ribuan maklumbalas dari orang ramai. Noorhasbira Kamaruddin menulis, "Tu Allah nak bagi kesedaran pada dia.. dilaungnya Azan kuat kuat supaya bergegar kepala otak dia tu yg tak berapa nak betul dah tu..tapi tulah…hati dah beku..siap boleh gi report lagi.." Ada juga yang menyokong tindakan lelaki tersebut; Haishh Ckpmndewgitu pula menulis, "Dah kalu pak cik nyatekan 'Terlalu Kuat'. mmg x boleh la .. mne boleh bleh wt sesuatu ibadat itu menganngu org lain .. mcm kitesolat tahajjud tgh mlm.duk satu pondok.. shinngaa mnggngu kwn kite tgh tidoo .. dye x nk thjud dye punye psl laa.. x boleh laa.. myb pakcik tu x boleh mndgr bnde kuat2 … walaupun kite tahu org tu haty busuk sekalipon kite x boleh nk pegi azan kuat2 n nyaring kt telinhe dyee …" Ada yang menyifatkan agak memalukan juga apabila ada non-muslim yang begitu menyenangi laungan azan lebih daripada segelintir orang Islam itu sendiri. dan pelbagai lagi pandangan diterima dari orang ramai. Satu respon dari Violet Virgo lebih menarik;
dan satu lagi ini juga perlu anda fikir-fikirkan.
Isu ini tidak berkesudahan menjadi buah mulut orang. Petang semalam kami menerima email beserta beberapa keping gambar dari seorang pengirim rahsia yang menyatakan UMNO bahagian telah menziarahi pakcik tersebut dan berikut adalah gambar-gambarnya. Jadi di sini terpulang kepada penerimaan anda. Pada kami, Pakcik tersebut mungkin ada alasannya yang tersendiri kenapa dia sanggup bertindak sampai begitu sekali. Mohon usahlah diserang lelaki ini tetapi ada baiknya jika datang mendekatinya dan bawalah berbincang. Ikut jalan penyelesaian yang dianjurkan Islam. Apa komen anda berhubung dengan perkara ini? |
<b>Pasir Gudang</b>: Kilang Plastik Misteri <b>di</b> tutup.??? Pekerja termanggu <b>...</b> Posted: 14 Apr 2014 05:05 AM PDT Pasir Gudang: pekerja kilang Plastik terpaksa menanggung kesulitan setiap bulan bila gaji tidak di bayar mengikut janji yang di tetapkan. Kebanyakkan mereka menjangkau umur 40an. Mereka risau tentang peluang untuk mendapat pekerjaan lain. Majikan membuat potongan KWSP dan SOSCO??? Adakah di carumkan ke dalam akaun pekerja sebgaimana tanggungjawab majikan yang di peruntukkan mengikut perundangan yang telah di tetapkan olih kerajaan Malaysia? Berbagai persoalan dan keraguan yang di alami olih pekerja-pekerja tersebut. MTMR berharap majikan dapat bertanggungjawab kepada pekerjanya. Apa yang Malaysia Transformasi Minda Rakyat (MTMR) di fahamkan, bermula awal bulan Mac 2014 syarikat tidak membayar gaji. Mereka selaku pekerja menanyakan status pembayaran gaji bulan Mac 2014 kepada pihak majikan dan pihak majikan telah berjanji untuk membayar sebelum 07.03.2014. Walaubagaimanapun, tiada apa-apa pembayaran di buat kepada mereka. Sehingga ke tarikh 21.03.2014, majikan sudah menghentikan operasi syarikat dan mesin-mesin tidak beroperasi lagi. Tambahan lagi, semasa tempoh tersebut peralatan atau "tooling" yang digunakan juga telah diambil oleh klien syarikat kerana mereka menyatakan syarikat akan ditutup. Majikan tidak memberikan sebarang memo atau notis kepada pekerja berkenaan penutupan operasi syarikat. Pada 24.03.2014 mereka ada datang bekerja namun syarikat sudah tutup. Mereka cuba hubungi pihak majikan untuk bertanyakan berkenaan pembayaraan baki gaji mereka serta apa-apa bayaran mengikut kelayakan mereka namun gagal. Oleh yang demikian, mereka tidak berpuas hati dengan tindakkan majikan tersebut serta ingin menuntut hak mereka yang sewajarnya. |
You are subscribed to email updates from di pasir gudang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan