Selasa, 8 April 2014

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Scarlett&#39;s petals: Rafina Mimi <b>di Pasir Gudang</b>.

Posted: 01 Apr 2014 02:49 AM PDT

   Tak sangka akhirnya dapat juga berjumpa dengan blogger terawal beri support pada aku.Siapa lagi kalau bukan RAFINA MIMI ABDULLAH.Sebenarnya aku memang plan nak jumpa Mimi jam 2 petang 29 Mac hari tu.Jadi pagi tu aku keluar dengan selipar jepun je.Tiba-tiba, perut pulak lapar jadi aku pun menuju ke Chamek Kopitiam.Saja nak makan roti bakar dan telur setengah masak.Waktu pun baru lebih kurang 10.30 pagi.
   Tiba-tiba, bila aku toleh ke suatu sudut di kopitiam tu, aku ternampak seseorang yang memang aku cam sangat wajahnya walau pun cuma berjumpa di alam siber.Siapa lagi kalau bukan RAFINA MIMI.Mana-mana blogger yang tak kenal tu, maknanya belum cukup lama atau tegar le tu.Sebelum Mimi jadi seorang novelis, dialah antara blogger awal yang sudi singgah ke blog aku ni.Aku berterima kasih sangat-sangat.
   Terlanjur dah berjumpa, walau pun aku cuma berselipar jepun, aku pun segera menyapa. Tak sangka Mimi ingat pada aku bila aku sebutkan nama.Maklumlah, aku amat jarang tunjukkan wajah.Maka, sesi bergambar pun berlangsung dengan meriahnya.Hehehehe.Sampai tak sempat aku tegur mereka yang ada di situ dek kerana teruja berjumpa Mimi.
   Petang tu dalam pukul 3, aku berkesempatan bertemu dengan Mimi lagi semasa sesi ramah mesra bersama novelis di Pustaka Aris.Dapatlah aku hadiahkan bekas pen hasil kerja tangan aku menggunakan felt warna pink terang.Mudah-mudahan Mimi takkan lupakan aku, seorang blogger anchovy.Petang tu juga, aku balik dengan 3 buah novel baru termasuk novel terkini tulisan Mimi, Suami Terhangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads