Isnin, 14 April 2014

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Bersatu Menolak Pembangkang <b>di Pengerang</b> | OB21NET

Posted: 03 Sep 2012 10:48 AM PDT


Kebelakangan ini pembangkang dilihat semakin biadap dan terdesak untuk meraih simpati rakyat. Pelbagai cara telah mereka lakukan untuk menghina dan memalukan pimpinan kita. Yang terbaru ketika sambutan ambang merdeka baru-baru ini, gambar YAB Datuk Seri Najib telah dipijak, dibakar dan dikoyakkan tidak cukup dengan itu ada dikalangan penyokong mereka yang tergamak untuk menunjukkan gaya membuangkan najis di atas gambar Datuk Seri Najib.

Mereka juga telah mengajar anak-anak muda yang menyokong ideologi pembangkang untuk mengedarkan risalah untuk menukarkan bendera jalur gemilang dengan bendera yang mirip dengan negara-negara jiran. Yang paling menyedihkan bendera baru tersebut dengan sengaja telah dihilangkan warna kuning sebagai lambang institusi Diraja kita.

Ia seolah-olah mahu menghapuskan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu yang merupakan benteng terakhir untuk bangsa kita. Persoalannya dengan menghapuskan simbol kedaulatan institusi raja-raja, apakah mereka mahu mewujudkan sebuah negara republik seperti negara jiran?

Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap dari kita untuk memastikan UMNO / BN mendapat kemenangan yang besar dalam PRU13 nanti. Kalau boleh biarlah ia menjadi kemenangan yang paling hebat dalam sejarah politik negara ini.

Ia sebagai tanda terima kasih kita kepada YAB Perdana Menteri yang telah berusaha untuk memberikan yang terbaik buat semua rakyat. Semenjak Datuk Sri Najib diberi mandat untuk mentadbir negara, macam-macam yang telah diberikan kepada kita sebagai rakyat antaranya BR1M RM500, bantuan persekolahan RM100, baucer pembelian buku RM200, komputer netbook 1Malaysia, durian runtuh untuk peneroka Felda, dan banyak lagi. Ia selari dengan slogan kerajaan UMNO / BN "Janji Ditepati".

Tugas kita kini hanya perlu berhadapan dengan pembangkang yang bertubi-tubi wujudkan fitnah sehingga kereta kena cat pun dituduhnya UMNO, kereta dia terbakar pun tuduh UMNO, kita tak boleh duduk diam aja.

Kita jangan hanya setakat berebut jawatan nak jadi pemimpin. Tapi bila berhadapan dengan fitnah pembangkang, kita biarkan sahaja kerja ini kepada agensi kerajaan. Ini tak boleh.

Ini peranan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat dan ahli UMNO, Bila penceramah turun, kita turun ramai-ramai, dengar ceramah dan siarkan pada blog blog dan bagi maklum kepada orang kampung. Bila di kedai kopi orang bercerita, kita boleh jawab dan terangkan.

Sejak akhir-akhir ini pembangkang dilihat memainkan peranan yang aktif untuk menyerang UMNO/BN bagi mengambil kesempatan mewujudkan sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Terbaru isu di Pengerang, mereka telah menjemput orang luar dari negara ini saperti wakil-wakil aktivis dari Taiwan, bertujuan untuk menghasut penduduk agar menolak pembangunan RAPID Pengerang.

Golongan ini yang menentang projek RAPID di Pengerang, kerana mereka tahu orang Melayu akan dapat untung. Projek ini akan memberi kekayaan dan faedah kepada anak cucu kita nanti. Bila projek RAPID naik, ada negara lain yang akan rugi besar. Faham-faham sajalah. Lebuhraya Desaru – Senai memudahkan perhubungan. projek belum naik sudah dapat lebuhraya. Keluarga balik untuk beraya pun senang.

Sebagai tindakan balas bagi menghadapai asutan pembangkang melalui aktivis import dari Taiwan ini, UMNO Bahagian dan Parlimen Pengerang telah menjalinkan kerjasama dengan wakil-wakil NGO belia Pengerang untuk menyerang balas serangan tersebut. Contohnya kita telah mengadakan beberapa siri ceramah dengan menjemput Saudara Zahid Mat Arip (Mursyidul Am TIBAI), Dr Mohd Fairus Kamaruddin (Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II), Saudara Lokman Adam (Ceramah Bongkar) dan yang terbaru Shahibul Samahah Ybgh Datuk Noh Gadut (Penasihat Agama Johor).

Ia bertujuan untuk membolehkan rakyat mendapat maklumat terkini berkenaan isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Dan kini kita sedang merancang untuk menjemput YB Datuk Dr Hassan Ali (Mantan EXCO Agama Selangor merangkap Pesuruhjaya Pas Selangor), YB Datuk Zulkifli Nordin (Bekas Peguambela Anwar Ibrahim), Umi Hafilda (Adik kepada Azmin Ali) untuk mengadakan roadshow ceramah. Antara lainnya ia bertjuan untuk membolehkan rakyat sedar dan tahu wajah-wajah pembangkang yang kononnya mahu membela isu rakyat.

Peranan kita sebagai ahli UMNO bukan sekadar datang mesyuarat dan nak dapat manfaat. Peranan kita lebih daripada itu, iaitu membina kekuatan parti. Bukan sahaja semasa pilihanraya. Sebelum dan selepas pun kita tetap ada peranan.

Apakah akan terjadi bila UMNO kalah? Barisan kalah? Kita kena halau. Nak buat mesyuarat di dewan pun belum tentu boleh lihat sahaja pengalaman di Terengganu semasa di tadbir oleh Parti PAS. Tengok saja apa yang berlaku di Selangor. Sebelum ini mana ada pemimpin kafir harbi masuk masjid sampaikan tazkirah? Di Selangor, hari-hari gunakan masjid walaupun di bulan ramadhan yang suci, untuk tazkirah politik dan hina pemimpin UMNO dan Barisan nasional.

Janganlah kita nak sangat mengejarkan pangkat. Tapi tak pernah turun dengar ceramah dan mengambil tahu isu semasa.

Memang benar UMNO dilahirkan di negeri Johor. Oleh itu pemimpin UMNO Johor mesti berbeza dengan UMNO lain. Lain negeri lain pendekatan, Sejauh mana pun kita tak suka pemimpin tertentu, yang penting kita kena pastikan parti mesti menang.

Kalau kita tak dilantik dan dipilih orang baru, kita tetap beri sokongan. Kalah menang adat bertanding, bila kalah, sama-sama sokong yang menang. Tak ada pemimpin boleh simpan kerusi sampai mati. Jawatan bukan boleh sampai kubur. Pak lah pun sanggup turun pasal dia tahu orang UMNO marah. Tukar Paklah ambil Datuk Najib. Tapi Paklah tetap setia dengan UMNO.

Jangan macam Anwar, Ketika didalam UMNO tak dapat jadi Perdana Menteri, dia bentuk parti Keadilan. Tak kan kita nak ikut dia, bila kalah bertanding wujud satu parti lawan UMNO. Kita tak boleh ikut sifat saperti parti Keadilan.

Orang UMNO jangan sibuk nak minta kontrak dan saham tapi bila nak lawan Anwar dan pembangkang, kita lari meninggalkan parti. Untuk apa kita perlu takut dengan Anwar?. Sekarang Anwar Ibrahim dah tunjuk perangainya. Dia tunjukkan baunya sebagai pemimpin bangsat. Apa nak takut dengan dia. Dalam mesyuarat pembangkang dia maki hamun pemimpin pemimpin UMNO dan BN.

Dan kita tidak perlu menjadi hipokrit, semua pemberian kerajaan kita ambil,tetapi dalam masa yang sama kita tak mahu membela kerajaan yang menyuapkan reseki ke mulut kita.

KEpada AHli Parti UMNO, janganlah kita fikir hanya dengan mengundi, hadir mesyuarat dan berhari raya kita sudah tunjukan kasih sayang pada parti.

Kita mesti tunjukkan kasih sayang dan komitmen kita pada parti melalui menyokong program dan bersuara lantang menentang pembangkang dan menetukan keluarga sedara mara dan sahabat sokong parti UMNO dan BN.

Jangan cakap di mulut sahaja, Kalau sayang kena tunjuk. Tak kan tunjuk sayang 5 tahun sekali keluar mengundi. Tunjuk kasih sayang pada UMNO dan BN. Buat rakan rakan di Pengerang, orang berbudi, kita berbalas budi. orang bermusuh, kita berbaik dengan musuh kerana Allah mengetahui segala kejadian.

Beri Komen Anda

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads