ads

Ahad, 6 April 2014

01 di pengerang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di pengerang - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di pengerang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2014 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di pengerang</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2014 03:45 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di pengerang</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Mar 2014 03:37 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rapid <b>Pengerang</b>: Penduduk, polis bersemuka <b>di</b> <b>...</b> - Rakyat Marhaen

Posted: 24 Feb 2014 05:58 AM PST


Beberapa penduduk bergegas ke perkuburan Cina Sungai Kapal, Pengerang selepas mendapat tahu ia sedang dikira untuk persediaan memindahkannya ke tempat lain.

Naib Presiden Gabungan NGO Pengerang Sim Seng San berkata, penduduk mengambil langkah itu apabila mendapat maklumat bahawa lima pekerja sedang mengira jumlah kubur sambil dikawal oleh beberapa pegawai polis pagi ini.

Perkuburan itu akan dipindahkan ke Sungai Rengit, tidak jauh daripada tempat itu, bagi memberi laluan kepada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Ketika dihubungi Malaysiakini, Sim mendakwa, ketika tiba ke lokasi, penduduk mendapati jalan utama menghala ke perkuburan itu ditutup oleh trak polis.

Dakwanya, lebih 100 pegawai polis, termasuk yang tidak berpakaian seragam daripada Cawangan Khas serta Pasukan Gerakan Am mengawal kawasan itu.

Penduduk cuba menghentikan kerja-kerja pengiraan itu dan mula berlaku pertengkaran dengan polis, menyebabkan seorang penduduk digari sementara sebelum dilepaskan.

Laporan polis dibuat kontraktor

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Rahmat Othman menjelaskan, kehadiran pasukan keselamatan ekoran laporan polis pihak kontraktor.

"Kami mendapat laporan polis bahawa pekerja kontraktor diancam.

"Tidak kira siapa yang membuat laporan polis, kami akan tolong mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengesahkan anggota polis ditempatkan di sana tetapi enggan mendedahkan jumlahnya.

BLOG JOHOR: 01 <b>di pengerang</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Feb 2014 03:18 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di pengerang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2014 03:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di pengerang - Google Blog Search

Kapal Karam <b>Di Pengerang</b>, Lima Hilang - MyNewsHub.My - Sertai <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2013 08:00 PM PST


SEBUAH kapal dilaporkan karam di perairan Pengerang di Johor awal pagi tadi dan lima orang anak kapal masih hilang sehingga kini.

Menurut laporan Mstar Online, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah pun memulakan operas mencari dan menyelamat kesemua mereka.

APMM mengerahkan satu pasukan keselamtan ke tempat kejadian serta-merta dan menemui lima anak kapal yang lain di dalam bot dan seorang lagi terapung di laut.

Menurut satu kenyataan dari APMM, kesemua enam mangsa yang terselamat telah dihantar ke Singapura.

Seorang mangsa yang terselamat berkata kapal bernama Heng Hong 168 itu karam pada pukul 4 pagi kerana dipukul ombak dan angin kencang.

Sehingga waktu ini, belum dapat dipastikan lima anak kapal yang masih hilang berjaya terjun ke dalam laut atau masih terperangkap di dalam bangkai kapal yang karam.

Kapal Karam Di Pengerang, Lima Hilanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/APMM5.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/APMM5-150x150.jpgAuthor MNH Terkini,

SEBUAH kapal dilaporkan karam di perairan Pengerang di Johor awal pagi tadi dan lima orang anak kapal masih hilang sehingga kini. Menurut laporan Mstar Online, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah pun memulakan operas mencari dan menyelamat kesemua mereka. APMM mengerahkan satu pasukan keselamtan ke tempat kejadian serta-merta dan menemui lima...

SEBUAH kapal dilaporkan karam di perairan Pengerang di Johor awal pagi tadi dan lima orang anak kapal masih hilang sehingga kini. Menurut laporan Mstar Online, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah pun memulakan operas mencari dan menyelamat kesemua mereka. APMM mengerahkan satu pasukan keselamtan ke tempat kejadian serta-merta dan menemui lima anak kapal yang lain di dalam bot dan seorang lagi terapung di laut. Menurut satu kenyataan dari APMM, kesemua enam mangsa yang terselamat telah dihantar ke Singapura. Seorang mangsa yang terselamat berkata kapal bernama Heng Hong 168 itu karam pada pukul 4 pagi kerana dipukul ombak dan angin kencang. Sehingga waktu ini, belum dapat dipastikan lima anak kapal yang masih hilang berjaya terjun ke dalam laut atau masih terperangkap di dalam bangkai kapal yang karam.

isu rapid <b>pengerang</b> kembali panas.. selepas simbah asid, kecoh <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2014 07:00 PM PST


Belum pun reda insiden simbah asid ke atas bas yang membawa 30 orang penduduk Pengerang di depan Menara cyberport JB jam 11 pagi semalam, berlaku pula kekecohan di di tapak Perkuburan Cina Sg Kapal sekitar jam 1.30 tengahari semalam.
Ia ekoran kehadiran beberapa wakil pemaju yang ada kaitan dengan projek RAPID Pengerang membuat aktiviti menanda dan menyemak jumlah kubur di situ. Hampir 100 orang penduduk dipercayai mengepung wakil pemaju dan mengusir mereka keluar. Mujur ada anggota polis yang mententeramkan keadaan.
Tindakan wakil pemaju yang menceroboh kawasan perkuburan ada kaitan dengan notis memindah kubur oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi yang dibantah oleh penduduk.
Isu pemindahan kubur, pengambilan tanah penduduk, masadepan persekolahan anak2 dan penempatan baru menjadi panas mutakhir ini. Ia harus diredakan dengan semua pihak terbabit seperti kerajaan negeri, dialog group, petronas, ngo dan penduduk pengerang kembali ke meja rundingan.
Dari awal lagi pendirian PAS, projek RAPID mestilah dibuat atas tanah kerajaan. Kedegilan kerajaan yang bertegas mahu meneruskan projek di kawasan penempatan penduduk telah membawa padah. 
P/s mengiringi penduduk membuat laporan polis di Balai polis Pengerang. Turut hadir Cik Anis Afida Azli, beberapa aktivis Ngo Pengerang seperti Sdr Ah Cye dan Zakba. Kebetulan, OCPD Kota Tinggi dan beberapa pegawai kanan polis Kota Tinggi hadir sama membuat pemantauan. Usaha pihak Polis mengawal keadaan sangat dihargai.

BLOG JOHOR: 01 <b>di pengerang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2014 03:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

suasana persidangan dan pemilihan umno 2013 <b>di pengerang</b>

Posted: 18 Oct 2013 08:11 PM PDT

Hari ini akan tercatit sejarah politik tanahair sekali lagi di mana berlangsungnya Persidangan dan Pemilihan UMNO 2013 berlangsung di seluruh bahagian UMNO di tanahair secara serentak. Pemilihan bagi ketua-ketua bahagian dan pemilihan agungnya pula ialah untuk jawatan Naib-Naib Presiden dan juga Ahli-Ahli Majlis Tertinggi... Maka bergemalah lagu rasmi UMNO.
Pengerang juga mendapat perhatian ahli-ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia umumnya kerana Dato Azalina akan bertanding mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Pengerang  dan calon Ahli Majlis Tertinggi.
Walaubagaimanapun, blog ini akan kemaskini dari masa ke semasa perjalanan pemilihan ini nanti.
Kita mulakan dengan pesanan Dato Azalina;

8.00am

Suasana di Lotus Desaru Beach Resort:

Sebelum memulakan mesyuarat - Sarapan dulu...
Ke Dewan Mesyuarat

11.34 am


Hanya 295 daripada 301 perwakilan yang hadir. Proses pengundian berjalan lancar...

Seramai 20 sukarelawan dari Politeknik Sultan Ibrahim turut membantu dan di antaranya;
Perwakilan telah mengosongkan dewan untuk mengundi dan lebih kurang 40 orang lagi menunggu giliran untuk mengundi.
.... sambung semula mesyuarat sementara menunggu keputusan diumumkan. Keputusan dijangkan akan diumumkan pada pukul 4.00 ptg nanti.
Perwakilan mula memenuhi dewan untuk meneruskan mesyuarat bahagian...

Dato Azalina memulakan  amanahnya...


Tahniah daripada Dato Azalina kerana perwakilan telah menjalankan tanggungjawab mereka. Dahulu hanya 2,500 perwakilan yang mengundi tetapi hari ini lebih kurang seramai 150,000 perwakilan yang mengundi.
Setakat ini, proses pengundian berjalan  dengan aman tenteram dan sangat lancar dan tidak ada pergaduhan pun. Dato Azalina meingatkan yg penting kalah atau pun menang, mereka adalah satu pasukan dan beliau mengajak semua perwakilan untuk beri tepokan kepada semua kerana mereka berjaya kekalkan displin dalam parti.
 
Yang penting ialah kepada sesiapa yg menang jangnlah  rasa kemenangan diri sendiri. Ianya adalah kemenangan untuk UMNO yang berjaya membawa pembaharuan.
Dato Azalina berkongsi pengalamannya ketika diminta untuk tidak melawan Dato Shahrizat untuk Ketua Wanita UMNO oleh Dato Seri Najib di mana beliau merasakan DS Najib tidak mahu mengaibkan sesiapa. Sebagai seorang yang sangat sabar, DS Najib mengajak beliau fokus kepada PRU14.
Dato Aza berharap agar sekiranya calon yang bertanding itu gagal atau ditolak perwakilan, janganlah anggap ia satu penghinaan. Walaupun UMNO tidak kalah pada PRU 13, tetapi UMNO juga tidak menang. Walaupun bangsa Cina di Pengerang hanya 10% tetapi mereka telah menunjukkan keegoaan mereka dengan tidak memberi undi kepada BN. Apabila tidak menang dari parti komponen, maka ini tidak membantu UMNO. 
"Musuh kita di luar sana dan bukan kita di dalam dewan ini," tegas Dato Aza.

Kepujian diberi kepada perwakilan kerana mereka bukan kaki ampu. Jika yang betul dikatakan "ok" dan yang salah tetap dikatakan salah.
Harapan Dato Aza supaya saf yang baru dipilih nanti akan memastikan perpaduan UMNO Pengerang dimantapkan. Bekerjasama dan bersatu dengan beliau untuk PRU 14 adalah lebih baik daripada mengampunya. InsyaAllah, UMNO Pengerang akan dijadikan bahagian UMNO contoh.
Keputusan dijangka akan diumum selepas solat Asar...

3.45pm
Keputusan Tak Rasmi Calon KUB;
01 Nama: Mohamed Bin Long;
Rank: .3.; Undi: ..46..;

02 Nama: Datuk Harun Bin Abdullah;
Rank: ..2...; Undi: .55....;

03 Nama: Dato Sri Azalina Binti Dato' Othman Said;
Rank: .1....; Undi: .173....;

04 Nama: Abd Jalil Bin Abd Kahar;
Rank: ...4..; Undi: 14.


Tanah Kubur <b>Pengerang</b>: NGO sedia berunding, kenapa hantar <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2014 10:40 PM PST

KULAIJAYA, 26 FEBRUARI: Rakyat negeri Johor kesal dengan tindakan kerajaan negeri memperalatkan polis untuk membantu kontraktor yang diupah untuk membuat bancian kubur Cina sebelum kerja pemindahan dilakukan.

Bercakap pada sidang media, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mempertikai mengapa PDRM digunakan untuk kerja seperti itu memandangkan tugas PDRM sepatutnya lebih tertumpu kepada usaha memerangi jenayah, bukan bekerjasama dengan kontrakor untuk kerja sedemikian.

Soal keselamatan pihak kontraktor tidak timbul sama sekali memandangkan penduduk dan waris perkuburan Cina Sungai Kapal bukan mereka yang mengancam keselamatan pihak terbabit.

Pada 24 Februari lalu, satu pasukan polis kira-kira 100 orang anggota dihantar ke kawasan tanah perkuburan Cina di Sungai Kapal dipercayai bagi membantu kerja bancian kubur oleh sebuah syarikat kontraktor.

Kerja terbabit dipercayai berkaitan dengan proses pemindahan kubur berkenaan ke satu kawasan penempatan baru.

Menurut Naib Pengerusi gabungan NGO Pengerang, Chua Peng Sian atau lebih mesra dipanggil Ah Chai, waris tanah kubur di situ marah dan kecewa dengan kejadian itu.

Ketika diminta menjelaskan isu terbabit, beliau memberitahu bahawa tiada seorang pun pegawai polis terbabit menjelaskan mengapa mereka di situ dan membuat sekatan di tiga laluan masuk ke tanah perkuburan itu.

"Mereka tak maklumkan apa-apa, bila kami tanya, pegawai terbabit hanya menjawab ini arahan pihak atasan, mereka hanya jalankan tugas," ujar Ah Chai.

Menurut Ah Chai yang sama-sama memperjuangkan nasib penduduk Pengerang sejak tiga tahun lalu, penduduk sudah dimaklumkan bahawa Menteri Besar sudah menetapkan tindakan lanjut hanya boleh dibuat selepas upacara sembahyang kubur (Chin Ming) pada 5 April ini.

Namun penduduk mendapati janji MB ini tidak dipatuhi kontraktor terbabit lantas mendatangkan kemarahan waris kubur.

"Kami dan waris tanah perkuburan di sini sudah capai kata sepakat yang kami sedia berunding dengan pihak kerajaan dan kontraktor, tetapi mengapa mereka bertindak demikian? Kami dah sedia nak berunding, mengapa susah sangat nak jumpa kami?" kata beliau merujuk kepada kerajaan negeri.

Menurut Gabungan NGO Pengerang lagi, kontraktor pernah memaklumkan kepada pihak waris bahawa semua proses kerja ini mendapat arahan Pegawai Daerah Kota Tinggi.

"Kami keliru kerana kerajaan negeri sudah arahkan agar hal ini ditangguh, tetapi pihak DO buat kerja lain dan tak sama dengan janji MB," jelas Ah Chai lagi.

Wakil DAP yang berada di Pengerang bersama penduduk iaitu Tan Hong Pin turut kesal dengan kejadian itu.

"Ini tak sepatutnya berlaku di bawah pentadbiran Menteri Besar baru, Datuk Seri Khaled Nordin. Beliau patut lebih memahami situasi berbanding Menteri Besar sebelumnya," kata beliau. – Roketkini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved