ads

Selasa, 22 April 2014

01 di pontian - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di pontian - Google Blog Search


MAZHA 2010: Kemalangan maut <b>di Pontian</b>

Posted: 22 Apr 2014 02:00 AM PDT


Satu lagi kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga kematian dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Pontian Besar, Parit Sikom, Johor pada Isnin sekitar jam 10.45 malam.

Berita yang dikeluarkan oleh Astro Awani ini memetik laporan daripada Ketua Polis Daerah Pontian, Zahaliman Jamim, sebuah kereta Perodua Kelisa dari arah Pontian menuju je Parit Sikom telah masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Nissan Serena.

Menurutnya lagi yang pemandu Perdoua Kelisa itu serta dua orang anaknya maut di tempat kejadian selepas sebuah kereta Perodua Viva dari arah Pontian menggesel bahagian belakang Perodua Kelisa tersebut kerana jalan raya berkabus tebal ketika kejadian berlaku.

Ketiga-tiga jenazah kini berada di Hospital Pontian untuk dibedah siasat manakala ketiga-tiga kereta yang terlibat dalam nahas ini masih lagi di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk pemeriksaan oleh PUSPAKOM.

Mengakhiri laporan Zahaliman menyebut,"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu kereta Nissan Serena itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Perodua Viva tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan." 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved