Sabtu, 26 April 2014

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Ibu bersama dua anak maut dalam kemalangan tiga kenderaan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2014 02:44 AM PDT

JOHOR BAHRU – Seorang wanita dan dua anaknya maut apabila Perodua Kelisa yang mereka naiki terlibat dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 7.1 Jalan Pontian Besar, Parit Sikom, Pontian semalam.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, mangsa Roslina Manggil, 29, seorang pekerja stesen minyak di Pekan Nanas, serta Mohd Sufi Jamaludin, 11, dan Melati Ayu Jamaludin, 9, dalam perjalanan pulang dari hospital.

"Berdasarkan siasatan awal, kenderaan dipandu mangsa tiba-tiba memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung sebuah kereta Nissan Serena dari arah bertentangan," kata Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Zahaliman Jamin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bahagian belakang kenderaan mangsa kemudian digesel kereta Perodua Viva yang datang dari arah Pontian.

Kemalangan itu berlaku di jalan lurus namun keadaan cuaca yang sedikit berkabus mungkin menghalang tahap penglihatan pemandu.

Lelaki yang memandu Nissan Serena cedera ringan manakala pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat dan kenderaan yang terlibat dalam nahas itu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk pemeriksaan lanjut oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads