ads

Rabu, 28 Mei 2014

01 di desaru - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di desaru - Google Blog Search


Bangunan Tandas Resort <b>Di Desaru</b> Menyerupai Masjid Didakwa <b>...</b>

Posted: 04 May 2014 05:09 AM PDT

SEBUAH resort di Desaru, Kota Tinggi, Johor mencetuskan kontroversi apabila sebuah bangunan tandas  di dalam resort berkenaan didakwa menyerupai masjid.

Gambar bangunan kecil itu yang mempunyai tiga kubah tersebar melalui blog pembangkang pada hari ini mendakwa tandas awam yang menyerupai masjid sebegitu hanya boleh ditemui di negeri yang ditadbir UMNO.

Bangunan berkenaan terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor dan didakwa ia seperti menghina agama Islam dengan rekabentuk sebegitu.

Pemeriksaan lanjut, penulis berjaya menghubungi pihak resort berkenaan  dan menurut kakitangan resort yang enggan namanya disiarkan, bangunan berkenaan memang memiliki kubah bagaimanapun ia telah wujud sejak tahun 90-an lagi di resort berkenaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini pihak resort ingin memperindahkan lagi bangunan itu dan sejak itu ia menjadi perhatian orang ramai dengan corak binaan ala-ala Maghribi yang ditonjolkan melalui kubah berkenaan.

Menurut kakitangan itu, pihaknya menyedari kontroversi berkenaan pagi tadi apabila ia tersebar di internet dan beliau berkata pihak resort sudah pun bertindak menanggal dan menurunkan khubah berkenaan.

Katanya, pihak Jabatan Agama Islam Johor juga sudah hadir dan melihat bangunan itu ekoran kontroversi berkenaan.

Sebelum ini, sebuah resort berhampiran di Tanjung Sedili juga mencetus kontroversi apabila sebuah bangunan yang digunakan sebagai surau di Tanjung Sutera Resort telah disalahgunakan sebagai lokasi membuat ritual agama Buddha.

Hasilnya, kini bangunan di Tanjung Sedili itu sudah pun dirobohkan dan pemilik resort berkenaan turut ditahan.

BERITA LANJUT MENYUSULMYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

Tandas Resort <b>Di Desaru</b> Yang Menghina Islam - AANS BLOG

Posted: 04 May 2014 04:07 PM PDT

Sebuah resort yang dikenali Lotus Desaru Beach Resort di Desaru, Bandar Penawar telah mencetuskan kontroversi gara-gara sebuah bangunan tandas di dalam resort berkenaan didakwa menyerupai masjid.

Bangunan kecil didakwa ia seperti menghina agama Islam dengan mempunyai rekabentuk sebegitu.

Pihak resort ingin memperindahkan lagi bangunan itu dan sejak itu ia menjadi perhatian orang ramai dengan corak binaan ala-ala Maghribi yang ditonjolkan melalui kubah berkenaan.

Menurut seorang kakitangan di situ, pihak resort menyedari kontroversi berkenaan pagi tadi apabila ia tersebar di internet dan beliau berkata pihak resort sudah pun bertindak menanggal dan menurunkan kubah berkenaan.

Katanya, pihak Jabatan Agama Islam Johor juga sudah hadir dan melihat bangunan itu ekoran kontroversi berkenaan.

Sebuah resort berhampiran di Tanjung Sedili juga mencetus kontroversi apabila sebuah bangunan yang digunakan sebagai surau di Tanjung Sutera Resort telah disalahgunakan sebagai lokasi membuat ritual agama Buddha.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved