Selasa, 6 Mei 2014

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


Gempar! Bangunan Tandas Resort <b>Di Desaru</b> Menyerupai Masjid

Posted: 04 May 2014 08:01 PM PDT





Gempar! Bangunan Tandas Resort Di Desaru Menyerupai Masjid

Gempar! Bangunan Tandas Resort Di Desaru Menyerupai Masjid | Kita dikejutkan dengan satu gambar yang mula tersebar di laman sosial berkenaan paparan sebuah tandas yang dibina menyerupai seperti sebuah masjid. Difahamkan lokasi ini berlaku di sebuah kawasan peranginan Resort di Desaru.

Walaubagaimanaoun, pihak resort sudah pun bertindak menanggal dan menurunkan kubah berkenaan. Pada masa yang sama juga, pihak berwajib iaitu pihak Jabatan Agama Islam Johor juga sudah hadir dan melihat bangunan itu ekoran kontroversi berkenaan.

Sekali pandang nampak seperti Masjid atau setidak-tidaknya surau tempat Umat Islam beribadat. Dengan rekaan kubah dan bentuk binaan seperti tempat Ibadat orang-orang Islam ini sebenarnya sebuah tandas! Binaan yang amat biadap dan kurang ajar ini terletak di Malaysia, lebih khusus lagi terletak di negeri Johor. Tandas biadap ini berada di dalam pusat peranginan Lotus Desaru Beach Resort, Desaru, Johor.

Mengapakah pihak berkuasa tempatan tidak prihatin sewaktu pembinaannya atau adakah pemilik pusat peranginan membina tandas ini tanpa mendapat kelulusan ohak majlis tempatan. Pihak berkuasa tempatan dan negeri wajib mengambil tindakan tegas terhadap pemilik resort untuk merobohkan bentuk binaan yang nenyerupai Masjid ini. Kita tidak mahu usaha halus pihk-pihak tertentu hendak menghina Islam berleluasa.

Kemaskini 3.10 PM :

Maklumat yang diterima daripada sahabat yang tinggal di Desaru, kubah-kubah tandas berkenaan telah diturunkan dan kerja-kerja cat telah dilakukan untuk mengelakkan tempat berkenaan menyerupai sebuah Masjid.

Sumber


Ulang siar entri Gempar! Bangunan Tandas Resort Di Desaru Menyerupai Masjid bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Gaul Nyor iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Gempar! Bangunan Tandas Resort Di Desaru Menyerupai Masjid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads