Sabtu, 24 Mei 2014

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Berita: Cawangan baharu Peugeot <b>di Johor Bahru</b> | BH Auto

Posted: 22 May 2014 12:33 AM PDT

5008 MPV launch
Nasim Sdn Bhd melancarkan sebuah lagi cawangan terbaharu di Johor Bahru sebagai usaha bagi memperluaskan rangkaian Peugeot di Malaysia.

Peugeot Johor Bahru yang dibangunkan di tanah seluas 14,800 kaki persegi merupakan cawangan ketiga yang dilancarkan Nasim pada tahun ini dan merupakan cawangan ke lima yang Johor menawarkan perkhidmatan 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang diuruskan Eurofrance Sdn Bhd.

Dibina dengan kos RM6 juta, cawangan baharu ini akan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di ibu kota Johor Bahru seperti Taman Pelangi, Danga Bay, Kempas, Tampoi, Bandar Baru Uda, Majidee, Skudai dan Damansara Aliff.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George, "Cawangan ini merupakan bukti komitmen syarikat dalam memperkukuhkan jenama di pasaran. Pada tahun 2013, pasaran jenama Eropah di Johor meningkat 17 peratus mengatasi prestasi pasaran secara keseluruhan."

Lancar MPV 5008

Pada majlis yang sama, Nasim turut memperkenalkan MPV premium 5008 baharu yang menawarkan kselesaan, teknologi terkini dan keselamatan dan dilengkapi dengan 7-tempat duduk serta sistem pencahayaan dinamik bi-xenon yang dipertingkat.

Selain itu, MPV keluaran Peugeot ini yang didatangkan dalam lima pilihan warna; Rich Oak, Bourrasque Blue, Artense Grey, Pearl White dan Shark Grey dipasang dengan Peugeot Park Assist bersama sistem audio depan dan belakang bersama bantuan paparan skrin berwarna tujuh inci  bagi sistem kamera undur dan navigasi.

Dijana dengan enjin 1.6 liter turbo, 5008 yang dianugerahkan  5-bintang Euro NCAP dijual dengan harga RM159,888 (dengan insurans) lengkap dengan ciri keselamatan seperti Electronic Stability Program (ESP), Anti-Skid Regulator (ASR), Dynamic Stability Control (DSC) dan Hill Start Assist.

Guru Lahirkan Bayi Dalam Kereta <b>Di Johor Bahru</b> | MYNEWSHUB

Posted: 13 May 2014 01:26 AM PDT

TERNYATA sambutan Hari Ibu semalam menjadi hari paling indah dan mengejutkan bagi seorang guru di Johor Bahru apabila dia melahirkan bayi perempuannya di tempat duduk belakang kereta.

Siti Rohaida Basiron, 33, yang merupakan guru di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah mula merasa sakit akibat kontraksi ketika sesi perhimpunan pada jam 7 pagi.

Pada mulanya, dia mahu memandu sendiri ke hospital yang terdekat, namun pengetua sekolah tersebut, Tarifa Sawir menawarkan diri untuk menghantarnya.

Beberapa guru dan kakitangan sekolah turut mengiringi perjalanan mereka.

"Saya rasa seperti seorang pemandu kereta lumba. Begitu banyak halangan termasuklah anjing melintas jalan secara tiba-tiba dan lori yang dipandu terlalu perlahan di hadapan kami," ujar Tarifa.

Sepanjang perjalanan, dia meminta Siti Rohaida supaya bertahan, namun ketika menghampiri hospital, bayi tersebut sudah dilahirkan.

Kakitangan hospital terpaksa memotong uri bayi tersebut di dalam kereta terlebih dahulu kerana kesukaran untuk membawa mereka berdua keluar.

Sebelum ini, dia dijadualkan melahirkan bayi keduanya itu pada tarikh 1 Jun.

"Saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, tetapi saya bersyukur kerana kami dalam keadaan sihat. Inilah sambutan Hari Ibu yang akan saya ingat buat selama-lamanya," ujar Siti Rohaida.

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

(Sumber: The Star)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads