Isnin, 26 Mei 2014

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Guru Lahirkan Bayi Dalam Kereta <b>Di Johor Bahru</b> - Webberita

Posted: 13 May 2014 05:18 PM PDT

Guru Lahirkan Bayi Dalam Kereta Di Johor Bahru

Guru Lahirkan Bayi Dalam Kereta Di Johor Bahru - TERNYATA sambutan Hari Ibu semalam menjadi hari paling indah dan mengejutkan bagi seorang guru di Johor Bahru apabila dia melahirkan bayi perempuannya di tempat duduk belakang kereta.

Siti Rohaida Basiron, 33, yang merupakan guru di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah mula merasa sakit akibat kontraksi ketika sesi perhimpunan pada jam 7 pagi.

Pada mulanya, dia mahu memandu sendiri ke hospital yang terdekat, namun pengetua sekolah tersebut, Tarifa Sawir menawarkan diri untuk menghantarnya.

Beberapa guru dan kakitangan sekolah turut mengiringi perjalanan mereka.

"Saya rasa seperti seorang pemandu kereta lumba. Begitu banyak halangan termasuklah anjing melintas jalan secara tiba-tiba dan lori yang dipandu terlalu perlahan di hadapan kami," ujar Tarifa.

Sepanjang perjalanan, dia meminta Siti Rohaida supaya bertahan, namun ketika menghampiri hospital, bayi tersebut sudah dilahirkan.

Kakitangan hospital terpaksa memotong uri bayi tersebut di dalam kereta terlebih dahulu kerana kesukaran untuk membawa mereka berdua keluar.

Sebelum ini, dia dijadualkan melahirkan bayi keduanya itu pada tarikh 1 Jun.

"Saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, tetapi saya bersyukur kerana kami dalam keadaan sihat. Inilah sambutan Hari Ibu yang akan saya ingat buat selama-lamanya,"ujar Siti Rohaida. – Webberita | Terkini via The Star

comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads