01 di johor bahru - Google Blog Search |
Kisah Seram Hantu Lilin <b>Di</b> Dataran Bandaraya <b>Johor Bahru</b> | Tabek <b>...</b> Posted: 24 Apr 2014 08:55 PM PDT Untuk pengetahuan korang semua,masa tu aku bekerja sebagai kerani biasa di Pejabat Barita Harian & Metro Bandar Baru Uda sementara menunggu keputusan SPM keluar.Dua hari sebelum cerita ini keluar di Harian Metro, keluarga ini ada menghubungi pejabat Berita Harian untuk di beritahu tentang kejadian tersebut dan akulah yang menyambungkan talian mereka kepada wartawan Harian Metro. Mulanya wartawan tidak percaya dan meminta mereka hadir dengan membawa gambar tersebut.Tapi bila mereka datang dan membawa gambar & negetif filem gambar hantu tersebut barulah wartawan percaya dan berjanji akan mengeluarkan cerita itu di Harian Metro.Aku dan beberapa pekerja yang lain sempat melihat gambar yang mereka bawa memang original dan tiada kesan teknik imposed pun. Sehari hari selepas itu Harian Metro pun mengeluarkan cerita "HANTU LILIN " di muka surat depan berserta gambar yang mereka dapat.Kalau tak silap aku itulah kali pertama Harian Metro Johor mencapai jualan 1juta naskah.Telefon kat pejabat aku berdering-deriang dari pagi sampai ke malam sampai aku tak larat nak menjawap untuk disambungkan ke wartawan.Aku yang bukan wartawan ini pun dah jadi macam diaorang menjawap segala pertanyaan berkenaan gambar tersebut.Kecoh & heboh satu Johor sampaikan Mufti pun beri komen di rancangan TV dan surat khabar keesokkannya. DATARAN BANDARAYA yang dulunya tempat melepak dan memadu kasih bagi pasangan yang bercinta menjadi sunyi sepi lebih-lebih lagi pada waktu malam.Tak ada seorang umat pun kelihatan merayau di waktu malam seperti selalu.Lebih kurang setahun jugak lah tempat tu jadi sunyi sepi.Tapi sekarang pembangunan di sekitarnya menjadikan Dataran Bandaraya Johor Bahru salah satu destinasi pasti lawat di Johor Bahru. Dataran Bandaraya Johor Bahru sekarang di waktu malam..sumber : riodenaz.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from di johor bahru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan