Khamis, 1 Mei 2014

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Perhilitan Tangkap Gajar Liar <b>Di Kluang</b> - Siakap Keli

Posted: 28 Apr 2014 06:25 AM PDT


KLUANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang berjaya menangkap seekor gajah liar di Ladang Sindora di sini.
Pengarah Jabatan Perhilitan Johor, Hasnan Yusop berkata, gajah itu ditangkap oleh empat kakitangan Unit Tangkapan Gajah Johor dan tiga kakitangan unit Gajah Kuala Gandah, Pahang di pinggir Ladang tersebut.
"Gajah bersaiz tapak 31 cm ini gajah dari kawasan Hutan Simpan Lenggor yang keluar dari kawasan hutan dan mendatangkan konflik di ladang itu dan Kampung Ilham serta Kampung Sri Timur," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Hasnan berkata, gajah itu dipindahkan ke hutan Endau Rompin lewat malam ini dengan menggunakan sebuah lori.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama semua pihak menyalurkan maklumat tentang kehadiran hidupan liar di kawasan mereka dengan segera kepada Perhilitan. – SiakapKeli.com

Perhilitan berjaya tangkap dan pindahkan seekor gajah <b>di Kluang</b>

Posted: 28 Apr 2014 04:23 AM PDT

28/04/2014 6:13pm

JOHOR BAHRU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah,Pahang berjaya menangkap seekor gajah di pinggir Ladang Sindora, Kluang.

Pengarah Perhilitan Johor, Hasnan Yusop berkata, gajah jantan itu ditangkap pada pukul 2 petang, Khamis lepas oleh empat kakitangan Unit Tangkapan Gajah Johor dan tiga daripada pusat konservasi itu.

"Gajah tunggal jantan dengan saiz tapak berukuran 31 cm, merupakan gajah dari kawasan Hutan Simpan Lenggor yang keluar dari kawasan hutan dan mendatangkan konflik di kawasan ladang yang berhampiran seperti Ladang Sindora dan kawasan kampung berdekatan seperti Kampung Ilham dan Kampung Sri Timur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas ditangkap, gajah jantan itu telah dipindahkan dengan menaiki lori dengan dibantu oleh dua ekor gajah denak sebelum dilepaskan di Hutan Endau-Rompin.

Menurut Hasnan, pada Febuari dan November tahun lepas, pihaknya turut berjaya menangkap dua ekor gajah jantan di kawasan yang sama iaitu di Kampung Sri Timur dan Bukit Tongkat, Kluang.

Hasnan meminta kerjasama semua pihak dalam menyalurkan dengan segera sebarang bentuk aduan tentang konflik hidupan liar kepada pihak Perhilitan bagi memastikan keberkesanan tindakan yang dilakukannya. - Bernama

sumber : Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads