ads

Sabtu, 31 Mei 2014

01 di kluang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di kluang - Google Blog Search


Kegiatan Samun <b>di Kluang</b> Tumpas | Jenayah - Rakyat News

Posted: 25 May 2014 11:00 PM PDT

alt

 

JOHOR BHARU 26 Mei - Polis Johor menumpaskan satu sindiket samun berkawan di daerah Kluang berikutan penahanan tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 29 tahun, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata bertindak atas maklumat, pihak polis menangkap kesemua suspek Rabu lepas dalam Ops Cantas dan serbuan di Seremban.

"Dengan penangkapan ini, polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes samun di Kluang dan satu kes curi kenderaan di Masai, Seri Alam," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Mokhtar pada 19 Mei lepas, pihak polis menerima laporan berhubung satu kejadian samun di KM58, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Kulai ke Simpang Renggam berhenti di lebuh raya untuk menelefon majikannya, sebelum didatangi empat lelaki bersenjatakan parang, menyamun dan melarikan van milik mangsa.

Beliau berkata, dalam serbuan semasa ops cantas itu, polis turut merampas sebuah van jenis Toyota Hiace, sebuah kereta Perodua Kancil, sebuah Toyota Hilux, dua bilah parang, sarung tangan, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, empat keping nombor pendaftaran kenderaan, tiga pasang 'ski mask' dan satu tukul besi.

Mohd Mokhtar berkata kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 28 Mei bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau berkata polis turut menumpaskan satu sindiket curi motosikal di daerah Kluang berikutan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 30 tahun di Taman Rumas, Kluang, Khamis lepas.

Beliau berkata, rentetan penangkapan itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 21 tahun ditahan di dua lokasi berbeza di Felda Layang-Layang dan Taman Seri Bayu, Simpang Renggam.

"Polis turut merampas antaranya dua buah motosikal yang dilaporkan hilang, pelbagai komponen motosikal yang dileraikan, sembilan buah telefon bimbit pelbagai jenis serta peralatan yang digunakan untuk meleraikan motosikal," katanya.

Mohd Mokthar berkata hasil siasatan ke atas suspek, enam pembeli turut ditahan dan tujuh motosikal curi ditemukan di beberapa lokasi sekitar Simpang Renggam dan Benut, pada 9 pagi hari ini.

"Kita percaya dapat menyelesaikan 11 kes curi motosikal di kawasan pentadbiran ibu pejabat daerah Kluang.

"Kesemua suspek ditahan reman sehingga 26 Mei bagi membantu siasatan," katanya.

 

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved