01 di kota tinggi - Google Blog Search |
Pelumba Moto3 negara, Husni Aizat maut dalam kemalangan <b>di</b> <b>...</b> Posted: 25 May 2014 07:39 PM PDT Pelumba motosikal Moto3 negara Husni Aizat Abdul Malik, 20, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang bertembung sebuah lori tiga tan di Kota Tinggi hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Rahmat Othman berkata dalam insiden di Jalan Tanjung Buai-Teluk Sengat pada 8.30 pagi itu, motosikal Husni terbabas ketika melalui selekoh tajam sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar lori terbabit. "Motosikal dinaiki Husni sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke arah Felda Air Tawar 1," kata ketika dihubungi. Beliau berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2 namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan manakala pemandu lori berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau berkata siasatan awal menunjukkan nahas itu berpunca daripada motosikal terbabit. Menurut laporan media, Allahyarham sepatutnya memulakan musim kedua dalam kejohanan di Sepanyol tahun ini namun digugurkan pihak pengurusan pasukan berkenaan Mac lepas. Husni juga pernah beraksi dalam SIC Ninja 250 R Cup yang menyaksikan Allahyarham mendapat tempat kedua selain Grand Prix Malaysia di bawah tiket 'wild card.'-Astro Awani |
You are subscribed to email updates from di kota tinggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan