ads

Isnin, 12 Mei 2014

01 di mersing - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di mersing - Google Blog Search


Telur Berdarah <b>Di Mersing</b> | Akak Dibalik Pintu

Posted: 19 Jan 2014 01:40 PM PST

MERSING: Seorang tukang rumah, Said Abdul Hamid, 55, dan anaknya, Nora, 23, nyaris maut apabila ditetak dengan pisau pemotong daging oleh anak warga emas berkenaan di rumah mereka di Kampung Sri Pantai di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 9 malam, dua beranak itu ditetak dengan pisau pemotong daging oleh anak kedua daripada tujuh beradik, Asmuni, 35, menyebabkan Said cedera di muka, kepala serta tangan manakala Nora cedera di tangan kanan.

                                                               Nora

Menceritakan kejadian, isteri Said, Kamariah Majid, 54, berkata, insiden terbabit berlaku apabila Asmuni naik angin selepas bertengkar dengan Nora yang sedang membuat kek untuk keluarga.

keadaan tangan Nora selepas ditetak

Nora yang sedang membuat kek di dapur rumah dikatakan enggan memberikan telur kepada abangnya itu menyebabkan Asmuni naik angin.

"Asmuni mengambil pisau pemotong daging lalu menetak tangan kanan Nora. Anak yang kesakitan menjerit meminta tolong sebelum suami yang ketika itu turut ada di rumah bergegas mahu membantu.


"Suami cuba menenangkan Asmuni namun tidak dihiraukan sebaliknya Asmuni terus menetak kepala serta muka suami sebanyak tiga kali," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.                                                Abang Said ketika kejadian

Menurut Kamariah, suaminya mengalami pendarahan teruk dan dibawa ke Hospital Mersing oleh jiran untuk dirawat sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan lanjut.


Menurut Kamariah, Asmuni mengalami masalah mental sejak kanak-kanak namun tidak pernah mencederakan ahli keluarganya.

p.s..menurut kata Kak Mah Isteri abang Said,ketika kejadian suspek(Muni) bukan kelihatan seperti yang selalunya..Keluarga mangsa adalah jiran dibelakang rumah saya,

                         Wajah ceria Kak Mah dan suaminya, Abang Said berserta cucu

Ketika kejadian malam kelmarin suami saya sedang membakar sampah,terdengar jeritan minta tolong dan kelihatan kelibat Nora berlari menyelamatkan diri sambil memegang tanggannya yang berlumuran darah.

Saya masih ingat awal tahun lepas,Kak Mah pernah memanggil sorang pengamal perubatan untuk merawat Muni,Ketika pengamal itu masuk kedalam bilik Muni,beliau berlari keluar dari rumah sambil muntah-muntah.

Menurutnya ketika dia membuka pintu bilik,dia nampak ada seekor ular hitam besar sedang berlingkar diatas dada Muni yang sedang tidur ketika itu.Pengamal perubatan itu mengaku tidak sanggup untuk mengubati Muni.

Namun itulah kasih ibu dan ayah,biar apa pun keadaan Muni,sayang,cinta kasih mereka pada Muni tetap utuh


Anda baru saja membaca artikel yang berkategori berita / informasi dengan judul Telur Berdarah Di Mersing. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2014/01/telur-berdarah-di-mersing.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Kak Tie - 20 Jan 2014

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved