ads

Khamis, 29 Mei 2014

01 di pengerang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di pengerang - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di pengerang</b> - Google Blog Search

Posted: 26 May 2014 05:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

66 PATI Indonesia ditahan <b>di Pengerang</b> ABN News | BM

Posted: 14 May 2014 12:01 AM PDT

JOHOR BAHRU – Sebanyak 66 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dan seorang rakyat tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili di perairan Pengerang, Kota Tinggi semalam.

Ketua Penguatkuasanya Kapten Maritim Amran Daud berkata penahanan Pati itu dibuat selepas bot peronda APMM mengesan sebuah bot pancung kayu berlegar di perairan Pengerang, kira-kira 10.30 malam.

"Bot itu dikesan berada di 3.6 batu nautika Tenggara Tanjung Punggai dan hasil pemeriksaan mendapati 67 penumpang termasuk tujuh wanita dan dua kanak-kanak berada dalam bot itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua Pati dan lelaki rakyat tempatan berasal dari Sarawak itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah berusia antara tujuh bulan dan 56 tahun.

Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Punggai di Kota Tinggi ke perairan Indonesia, katanya.

Amran berkata, pihaknya merampas bot pancung itu berserta tiga enjin jenis Yamaha manakala kesemua Pati ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

APMM Daerah Tanjung Sedili katanya, akan meneruskan rondaan dan pemantauan bagi menyekat kegiatan Pati daripada terus berleluasa bagi memastikan perairan negara selamat dan terkawal. – Bernama

Mufti Johor Cadang Kerja Pengalihan Kubur <b>Di Pengerang</b> Ditangguh

Posted: 03 Jan 2013 06:45 PM PST

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir
KOTA TINGGI: Jabatan Mufti negeri akan menghantar surat cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor supaya menangguhkan sementara kerja-kerja pemindahan kawasan perkuburan masyarakat Islam di Pengerang, di sini.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, hasil lawatan ke tapak perkuburan baharu di Punggai, beliau mendapati ia belum siap sepenuhnya termasuk tidak mempunyai sistem perparitan, landskap dan pagar.

"Kita harap pihak yang berkenaan dapat perhalusi dahulu perkara ini sebelumurusan pemindahan 1,545 kubur termasuk 940 yang tidak berwaris membabitkan tujuh kampung dipindahkan ke kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas majlis amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan perkuburan Islam untuk projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di sini, Khamis.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Mohd Yazid Jaafar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Datuk Harun Abdullah.

Sebelum itu, Mufti dan rombongan turut melawat tapak perkuburan Islam yangbaharu di Punggai, selain tanah perkuburan Islam di Teluk Empang dan KampungJawa Darat.

Beliau juga berkata Jabatan Mufti akan memberi perhatian terhadap rungutanpenduduk tentang jarak kubur antara satu sama lain yang terlalu dekat iaituhanya 0.3 meter selain beberapa kelemahan semasa prosedur pemindahan kubur.

Sebanyak 1,545 kubur yang dikenal pasti termasuk 940 tidak mempunyai warisdi Kampung Teluk Empang, Sungai Kapal, Sungai Buntu dan Kampung Jawa, LangkahBaik, Sebong dan Batu Mas akan dipindahkan ke tapak perkuburan Islam yang baru di Punggai.

Pemindahan kubur dari tujuh buah kampung ke kawasan berkenaan yang merupakan tanah rizab kerajaan itu adalah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Tapak perkuburan baru itu mempunyai lapan lot dengan setiap lot boleh memuatkan antara 805 hingga 1, 495 petak kubur mengikut pekeliling serta piawaian yang ditetapkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Dalam pada itu, Mohd Tahrir berkata kerja-kerja pemindahan kubur itu diharuskan bagi memberi laluan kepada pembangunan selain bagi memuliakan jenazah itu sendiri.

Menurutnya, proses pemindahan itu telah beberapa kali dilakukan di negeri ini seperti sekitar tahun 1980an di Muar melibatkan projek pembinaan LebuhrayaUtara Selatan (PLUS) yang menghubungkan Johor dengan Kuala Lumpur.

Beri Komen Anda

Komen

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved