Ahad, 4 Mei 2014

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Bawal Hitam Lebih Murah <b>Di Skudai</b> - Siakap Keli

Posted: 11 Apr 2014 02:08 AM PDT


KUALA LUMPUR – Ikan bawal hitam bersaiz sederhana dijual serendah RM5.90 sekilogram di Aeon Big Sutera Mall Skudai, Johor hari ini.
Di Mydin Bukit Jambul, Pulau Pinang harga sekilogram ikan bawal hitam bersaiz sederhana RM7.69, RM10.99 di TF Value Mart Port Dickson dan RM16 di Pasar Basah Rawang.
Sementara itu, harga ayam bersih standard didapati lebih murah di Pasar Basah Fama Tanah Merah, Kelantan iaitu RM5.30 sekilogram berbanding RM6.39 di Tesco Kepong, Selangor, Pasar Basah SS15 Subang Jaya (RM8.60) dan di Pacific Alor Setar (RM8.80).
Sotong putih bersaiz sederhana pula dijual RM5 sekilogram di Pasar Basah Sibuga Sandakan, Sabah, RM8 di Pasar Basah Kg Tawas Ipoh, Perak, Pasar Pudu Kuala Lumpur (RM10) dan Pasar Awam Kulai, Johor (RM22).
Pisang berangan pula dijual dengan harga RM2.50 sekilogram di Pasar Basah Kuala Perlis berbanding RM3 di Pasar Besar Awam Pekan Changloon, Kedah, Aeon Big Alamanda, Putrajaya (RM4.90) dan Pasar Basah Taman Tun Sardon, Pulau Pinang (RM5).
Portal www.1pengguna.com merupakan portal kepenggunaan interaktif dan berinformasi bertujuan memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan.
Berdasarkan statistik yang dipaparkan, 59,193 pengguna melayarinya minggu ini.- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads