di negeri johor - Google Blog Search |
Pakatan Rakyat <b>Johor</b> tolak cadangan bina kasino <b>di negeri</b> ini Posted: 21 Feb 2014 03:14 AM PST NUSAJAYA 21 FEB: Pakatan Rakyat Johor dalam satu kenyataan bersama semalam membantah sebarang cadangan pembinaan kasino di negeri ini. Kami juga amat prihatin dengan desas-desus yang mengatakan bahawa sebuah kasino akan dibina di negeri Johor. "Kita perlu sedar bahawa pembinaan kasino akan membawa impak yang besar kepada sosio ekonomi negara kita secara amnya dan rakyat Johor secara khususnya. "Adalah dijangkakan pelbagai masalah sosial yang akan memusnahkan institusi keluarga akan timbul jika wujudnya sebuah kasino di negeri Johor," kenyataan bersama dipetik. Kenyataan bersama ditersebut dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP Negeri Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN merangkap penyelaras Parlimen Tebrau, Steven Choong, Menurut kenyataan itu lagi perkara ini tidak seharusnya dipandang semata-mata dari segi keagamaan sahaja kerana judi merupakan kegiatan yang tidak produktif. "Dengan kata lain, perjudian tidak dapat meningkatkan produktiviti keseluruhan masyarakat atau tidak dapat menghasilkan sebarang produk sahih yang membawa manfaat kepada masyarakat. "Sebaliknya, perjudian akan menyebabkan produktiviti masyarakat kita merosot dan kehilangan daya saing. KeadilanDaily |
You are subscribed to email updates from di negeri johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan