Isnin, 2 Jun 2014

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


Penjelasan Binaan Tandas Resort <b>Di Desaru</b> Menyerupai Masjid <b>...</b>

Posted: 07 May 2014 11:15 AM PDT

Penjelasan Binaan Tandas Resort Di Desaru Menyerupai Masjid! Meletop..|
Sebuah resort di Desaru, Kota Tinggi, Johor mencetuskan kontroversi apabila sebuah bangunan tandas  di dalam resort berkenaan didakwa menyerupai masjid.




Bangunan berkenaan terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor dan didakwa ia seperti menghina agama Islam dengan rekabentuk sebegitu.

Pemeriksaan lanjut, penulis berjaya menghubungi pihak resort berkenaan  dan menurut kakitangan resort yang enggan namanya disiarkan, bangunan berkenaan memang memiliki kubah bagaimanapun ia telah wujud sejak tahun 90-an lagi di resort berkenaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini pihak resort ingin memperindahkan lagi bangunan itu dan sejak itu ia menjadi perhatian orang ramai dengan corak binaan ala-ala Maghribi yang ditonjolkan melalui kubah berkenaan.

Menurut kakitangan itu, pihaknya menyedari kontroversi berkenaan apabila ia tersebar di internet dan beliau berkata pihak resort sudah pun bertindak menanggal dan menurunkan khubah berkenaan.



Katanya, pihak Jabatan Agama Islam Johor juga sudah hadir dan melihat bangunan itu ekoran kontroversi berkenaan. - myNewshub.my

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads