19hb April, aku memutuskan untuk pergi ke Johor. Menziarahi downline aku sekali
gus, menziarahi saudara mara di sana. Aku dan suami bertolak jam 8am dengan harapan
kami dapat sampai di Kota Tinggi dalam pukul 11.30am. Mak cik Azizah akan
menunggu di sana sebelum kami bergerak masuk ke Felda Semencu. Tempat di mana
salah seorang mobile stokis berada. Sepanjang perjalanan hujan renyai-renyai tapi
syukurlah trafik lancar sehinggalah kami sampai di Nilai. Entah mengapa kali ni kami
tidak banyak berbual seperti selalu. Kami hanya berhenti di RnR Pagoh untuk membuang
air kecil sebelum menyambung semula perjalanan. Aku talipon Cik Zizah memberitahu
kelewatan kami kerana keadaan jalanraya yang licin dan hujan renyai yang berterusan.
Menyajikan adegan lasak di jalan rayaAku toleh muka suami dan kami saling berpandangan. Suasana seakan terhenti untuk
beberapa minit. " Fuh.....macam dalam filem action Fast and Furious pulak.........
Selalu kita tengok babak tu dalam filem aja. Hari ni babak stunt tu kita lakunkan sendiri,"
suami aku berkata perlahan. You ok sayang ? Nampak rilex semacam, " suami aku
bertanya kehairanan. Dia pelik melihat aku tidak mengeletar ketakutan. Aku hanya
tersenyum. Aku sendiri pelik bagaimana kami boleh meneruskan perjalanan tanpa
sebarang rasa trauma selepas melalui saat-saat yang hampir saja meragut nyawa kami
berdua tadi. Degupan jantung aku masih dalam ritma biasa ( tidak kencang ), aku
berjaya menahan rasa cemas. Tidak seperti selalu. Rasa takut, cemas dan terperanjat
dapat aku kawal. Malah aku rasakan bunyi degupan jantung aku tidak deras seperti
selayaknya orang yang baru mengalami kejadian yang menakutkan. Mungkin segala
masaalah jantung yang aku alami telah dapat diatasi sejak aku mengamalkan Cellmaxx ???
Sebenarnya ini kali ke dua aku mengalami kejadian serupa sejak belasan tahun yang
lalu. 15 tahun tahun dahulu, 2 km selepas turun dari RnR Pagoh, kereta aku yang hanya
dalam kelajuan 60km ditarik ke arah jurang. Brek kereta tidak berfungsi walau pun
selepas ditekan berkali-kali dan kereta kami melanggar tebing jalan dengan jurang dalam
yang menunggu di bawahnya. Bezanya, waktu itu kami panik. Hanya setelah beberapa
saat baru aku teringat dan mengarahkan adik aku ( yang ketika itu bersama kami )
untuk melaungkan azan dan brek kereta kemudiannya kembali berfungsi. Siapa sangka
aku mengalami kejadian itu lagi buat kali ke dua, di tempat yang sama.
Kata seorang kawan aku yang mengetahui kejadian yang aku alami itu, katanya dia
melihat beberapa kali angin mampat yang memasuki bawah kereta di kawasan yang sama.
Terbaru katanya adalah kereta Proton Iswara yang terbalik di jalan raya di situ disebabkan
angin lintang. Tapi aku amat pasti tiada angin lintang di situ kerana tiada penandanya.
Tiada sebarang bendera angin lintang yang dipasang di kawasan itu.
Kami meneruskan perjalanan dengan pemanduan kereta kami yang bergerak ala tarian
kuda kepang. Kadang aku terasa seolah melakukan tarian zapin di atas jalan raya yang
licin. Aku katakan begitu, kerana setiap kali tayar kereta menyentuh air di atas jalan,
stering kereta terpusing sendiri. Suami aku kena pegang stering kereta kuat-kuat kerana
tak mahu ia lari. Tayar kereta tidak lagi mencengkap. Dan kami masih perlu menempuh
perjalanan sejauh 129km untuk sampai ke bandar Kulai. Akibat aksi drift lasak yang
yang dashyat tu kami terpaksa mengganti 2 biji tayar kereta di bahagian belakang
yang kehilangan bunga dan dah keluarbenang kereta, sebelum meneruskan perjalanan
ke Kota Tinggi. Kopak RM 750.00
Mungkin Tuhan masih sayangkan kami berdua. Aku tak dapat membayangkan bagaimana
keadaan anak-anak kami andai kami terus pergi dijemput Tuhan ketika itu. Sepatah kata
adik ipar aku bila kami bercerita tentang kejadian itu, " jawabnya........, kami pakat ambik
sorang satu lah bela anak-anak sedara."
Malam itu sewaktu menziarah seorang kenalan baru yang pernah 3 kali kemalangan dan
koma, dia mengajarkan aku satu lagi petua yang tidak pernah aku ketahui. Jika biasanya
setiap kali memegang stering kereta dan menaiki kenderaan aku akan mulakan dengan
bacaan basmallah, dengan syahadah, dengan doa menaiki kenderaan dan surah Al-Ikhlas
3 kali........, nampaknya kini aku akan mengamalkan satu lagi petua baru. Keluarlah dari
pintu rumah dengan bacaan Al-fatihah dan sedekahkan kepada roh ibu bumi. Kerana setiap
benda di sekeliling kita mempunyai roh. Andai ditakdirkan satu hari nanti kita mengalami
kemalangan, jika Allah izinkan bumi yang akan menyambut tubuh kita tanpa sebarang cacat
cela jasad walaupun mungkin hayat kita berakhir di jalan raya. Dan aku yakin kepada
petuanya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan