Isnin, 2 Jun 2014

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Cubaan Seludup Diesel <b>di Pasir Gudang</b> Tumpas | Jenayah

Posted: 10 May 2014 11:00 PM PDT

alt

 

JOHOR BAHRU, 11 Mei - Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor menahan sebuah kapal tangki yang disyaki terlibat dalam cubaan menyeludup diesel bersubsidi di Teluk Kabong, Pasir Gudang.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata pihaknya juga turut merampas sebuah lori tangki serta diesel sebanyak 100,000 liter yang bernilai RM200,000 dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.45 Jumaat malam.

"Enam kru kapal warga Indonesia ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak diesel bersubsidi. Pemandu lori bagaimanapun sempat melarikan diri sebelum bot ronda sampai ke jeti," katanya dalam kenyataan akhbar di sini Sabtu.

Kes itu akan diserahkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor Baharu untuk tindakan lanjut.

Khiu turut mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam mengenai apa-apa juga kegiatan yang menyalahi undang-undang khasnya penyeludupan minyak bersubsidi, pendatang tanpa izin dan barangan bercukai serta jenayah-jenayah maritim.

Sebarang maklumat boleh disalur ke talian 07-2372222 atau 07-2376122.

 

 

Last Updated on Sunday, 11 May 2014 03:19

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads